Tezos (XTZ) Buktikan Potensi Yang Tinggi Hasilkan Lonjakan Konsisten!

371

Tezos, sebuah kontrak pintar ini telah menyaksikan satu reputasi yang konsisten dalam pasaran sejak kebelakangan ini.

Sesi dagangan bulan Ogos, Tezos menghasilkan 55% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $4.47 pada sesi dagangan hari ini.

Lonjakan secara konsisten ini telah dipengaruhi oleh naik taraf Tezos ke-7 ‘Granada’ yang dilancarkan pada awal bulan Ogos lalu.

Peningkatan baru ini membawa kepada penambahbaikan mengenai isu ‘bug’, perbankan kecairan, dan gas.

Sentimen semasa mengenai 3 bank Eropah memilih Tezos menerajui sokongan kontrak pintar telah membuktikan Tezos sebuah kripto yang berpotensi tinggi.

Seterusnya, melihat kepada carta pergerakan semasa harga XTZ/USDT.

Sewaktu artikel analisa XTZ dikeluarkan pada Jun lalu, Tezos didagangkan pada harga sekitar $2.40.

Namun, secara konsistennya XTZ telah menghasilkan 110% lonjakan sehingga pada sesi dagangan hari ini.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga XTZ dilihat masih kekal dalam trend bullish dan sedang menguji zon resistance sekitar $4.40.

Sekiranya pergerakan harga kekal dengan trend bullish, paras resistance sekitar $4.40 tersebut bakal di tembusi dan kemungkinan membuat lonjakan yang lebih tinggi.

Akan tetapi, sekiranya pergerakan harga kembali menyaksikan trend bearish, paras RBS (resistance become support) sekitar $3.8 bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, XTZ didagangkan pada harga sekitar $4.2 melonjak lebih 11% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat