Thailand Pun Hasilkan Vaksin Covid-19 Sendiri!

319

Selepas beberapa negara seperti UK, Rusia dan China membangunkan vaksin untuk wabak Covid-19, kini giliran negara jiran kita iaitu Thailand pula melakukan langkah yang sama.

Vaksin Covid-19 itu bakal diuji ke atas manusia pada akhir bulan April atau awal Mei selepas terbukti berjaya dalam percubaan ujian yang dilakukan terhadap tikus serta monyet tahun lepas.

Menurut Pengarah Hospital Chulalongkorn, Profesor Dr Suttipong Wacharasindhu, vaksin RNA messenger (mRNA) itu, yang dibangunkan oleh Universiti Chulalongkorn, terbukti mampu membina keimunan terhadap virus yang menyebabkan Covid-19.

“Fasa pertama ujian ke atas manusia akan merangkumi 72 sukarelawan di Hospital Chulalongkorn manakala fasa kedua membabitkan 300 hingga 600 sukarelawan di Hospital Chulalongkorn dan Universiti Mahidol,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama semalam.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Pusat Kecemerlangan dalam Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin di Universiti Chulalongkorn, Kiat Ruxrungtham berkata, vaksin yang digelar sebagai ‘ChulaCov19’ itu akan dihasilkan di California dengan kapasiti pengeluaran sehingga lima juta dos menjelang akhir tahun ini.

Ujar beliau, vaksin itu akan dihasilkan secara tempatan selepas itu oleh syarikat Thailand, Bionet Asia Co.

Thailand berhasrat memberikan vaksinasi kepada 50% penduduknya menjelang akhir tahun ini. Kumpulan pertama 200,000 dos vaksin Covid-19 dari China dijadualkan tiba pada 24 Februari.

Setakat ini, Thailand dilaporkan telah memesan sejumlah 61 juta dos vaksin Covid-19 keluaran Oxford-AstraZeneca dan dua juta dos lagi keluaran Sinovac Biotech dari China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat