The Fed Kerahkan Segala Usaha Pulihkan Ekonomi! Lebih Banyak Rangsangan Akan Diumumkan?

432

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada hari ini akan mula membentangkan pandangan dan testimoni di hadapan para penggubal undang-undang AS. Testimoni ini akan menumpukan kepada langkah-langkah yang bakal di ambil oleh pentadbiran Amerika Syarikat dalam berhadapan situasi ekonomi yang tidak menentu terkesan oleh wabak Covid-19 sehingga menyebabkan ekonomi harus ditopang oleh langkah fiskal dan monetari yang berterusan.

Bank pusat A.S pada minggu lalu telah mengumumkan kadar faedah tidak berubah dan menjelaskan rancangan rangsangan secara besar-besaran bagi mendorong ekonomi A.S agar tetap bertumbuh di tengah-tengah lonjakan dalam kes jangkitan Covid-19.

Para pegawai the Fed pada ketika ini meramalkan ekonomi menyusut pada kadar tahunan 6.5% pada tahun 2020 dan dijangka pengangguran akan tetap pada paras tinggi selama beberapa tahun. Powell pada minggu lalu menyatakan bahawa beliau menjangkakan bahawa para pekerja bergaji kecil mempuyai risiko yang tinggi berhadapan penangguran.

Setakat ini terdapat lebih daripada 20 juta orang yang menganggur berikutan kesan wabak Covid-19 dan seramai 115,000 orang di Amerika Syarikat telah meninggal akibat jangkitan pandemik tersebut.

Pada hari ini, AS telah mencatat lonjakan dalam jualan runcit pada bulan Mei selepas 2 bulan berturut-turut jualan runcit catat kejatuhan. Jualan runcit meningkat sebanyak 17.7% pada bulan lepas, peningkatan terbesar sejak tahun 1992.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan tinggi dengan peningkatan sebanyak 0.22% pada paras 96.860 setakat jam 09.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat