• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
The Founder (2016) – Adaptasi Kisah Sebenar McDonald’s Yang Dirampas Dari Pemilik Asal

The Founder (2016) – Adaptasi Kisah Sebenar McDonald’s Yang Dirampas Dari Pemilik Asal

12 February 2023
Bitcoin Jatuh 5% Gara-Gara Trump – Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Harga Petrol AS Mencecah $3.88, Pentadbiran Trump Dalam Tekanan Politik!

19 March 2026
BoE Ambil Langkah Drastik! Pengurangan Kadar Faedah Dari Paras Tertinggi 16 Tahun

BoE Sebulat Suara ‘Pegang Brek’ : Kadar 3.75% Kekal Di Tengah Konflik Timur Tengah

19 March 2026
“Jangan Libatkan Kami!” – NATO Tolak Desakan Trump

“Jangan Libatkan Kami!” – NATO Tolak Desakan Trump

19 March 2026
Harga Minyak RON95 Kekal RM1.99 Seliter – MOF

Harga Minyak RON95 Kekal RM1.99 Seliter – MOF

19 March 2026
Pentagon Minta White House Luluskan Bajet $200 Billion Dalam Perang Iran!

Pentagon Minta White House Luluskan Bajet $200 Billion Dalam Perang Iran!

19 March 2026
Azerbaijan Salur 82 Tan Bantuan Kemanusiaan Ke Iran

Azerbaijan Salur 82 Tan Bantuan Kemanusiaan Ke Iran

19 March 2026
Ringgit Stabil Pada RM3.93, USD Dominasi Pasaran

Ringgit Stabil Pada RM3.93, USD Dominasi Pasaran

19 March 2026
Dana Global Jadikan Malaysia ‘Safe-Haven’ Dikala Perang Iran!

Dana Global Jadikan Malaysia ‘Safe-Haven’ Dikala Perang Iran!

19 March 2026
Saham AS Merosot, Fed Kekalkan Kadar Faedah

Saham AS Merosot, Fed Kekalkan Kadar Faedah

19 March 2026
“Belum Masanya Lagi” – Powell Kekalkan Kadar, Fed Perlu Berjaga-Jaga

“Belum Masanya Lagi” – Powell Kekalkan Kadar, Fed Perlu Berjaga-Jaga

19 March 2026
Emas Merosot Jauh Dari Puncak Harga, Mod ‘Risk-Off’ Terus Dominasi

Emas Parah ‘Dilanyak’ PPI AS, Isyarat Inflasi AS Membimbangkan Fed!

19 March 2026
Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

Bank of Canada Kekal Kadar Dasar 2.25% Di Tengah Ketidaktentuan Geopolitik Iran! Mengapa?

18 March 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Friday, 20 March 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Bitcoin Jatuh 5% Gara-Gara Trump – Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

    Harga Petrol AS Mencecah $3.88, Pentadbiran Trump Dalam Tekanan Politik!

    BoE Ambil Langkah Drastik! Pengurangan Kadar Faedah Dari Paras Tertinggi 16 Tahun

    BoE Sebulat Suara ‘Pegang Brek’ : Kadar 3.75% Kekal Di Tengah Konflik Timur Tengah

    “Belum Masanya Lagi” – Powell Kekalkan Kadar, Fed Perlu Berjaga-Jaga

    “Belum Masanya Lagi” – Powell Kekalkan Kadar, Fed Perlu Berjaga-Jaga

    Emas Merosot Jauh Dari Puncak Harga, Mod ‘Risk-Off’ Terus Dominasi

    Emas Parah ‘Dilanyak’ PPI AS, Isyarat Inflasi AS Membimbangkan Fed!

    FOMC: Fed Dalam Dilema, Akur Pada Inflasi Atau Trump?

    FOMC: Fed Dalam Dilema, Akur Pada Inflasi Atau Trump?

    XAU/USD Cipta Lonjakan ‘ATH’ Terbaru, AS Kaut $82 Billion Emas Dari United Kingdom!

    Emas Stabil Menjelang Mesyuarat FOMC

    Selat Hormuz Lumpuh, Jepun Pertimbang Guna Simpanan Minyak Kecemasan!

    Bekalan Minyak Terganggu, Harga Diesel AS Cecah Rekod $5!

    Ini Pandangan Alan Greenspan Dalam Isu Penerbitan Matawang Crypto Oleh Bank Pusat!

    Fed Dalam Dilema : Harga Minyak Naik, Ekonomi Pula ‘Semput’!

    AS Beri Perlindungan Kapal Tangki, Keredaan Harga Minyak Sementara?

    AS Beri Perlindungan Kapal Tangki, Keredaan Harga Minyak Sementara?

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringgit Stabil Pada RM3.93, USD Dominasi Pasaran

    Ringgit Stabil Pada RM3.93, USD Dominasi Pasaran

    Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

    Bank of Canada Kekal Kadar Dasar 2.25% Di Tengah Ketidaktentuan Geopolitik Iran! Mengapa?

    Data PMI Jatuh Kepada Paras Terendah Sejak Mac, Adakah Ekonomi A.S Dalam Bahaya?

    PPI AS ‘Meletup’! Kos Borong Naik Dua Kali Ganda Daripada Jangkaan

    Ringgit Melonjak Pada RM3.90 Berbanding USD

    Ringgit Melonjak Pada RM3.90 Berbanding USD

    Ringgit Sedikit Tinggi, Sentimen Global Semakin Pulih

    Ringgit Sedikit Tinggi, Sentimen Global Semakin Pulih

    Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang Mesyuarat FOMC

    Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang Mesyuarat FOMC

    Minggu Yang Dinantikan, FOMC Fed Masih Kabur! (15-20 Mac 2026)

    Minggu Yang Dinantikan, FOMC Fed Masih Kabur! (15-20 Mac 2026)

    Ringgit Sedikit Susut, Konflik Asia Barat Gugat Selera Risiko Pelabur

    Ringgit Sedikit Susut, Konflik Asia Barat Gugat Selera Risiko Pelabur

    Ringgit Kekal Stabil Di Tengah Konflik Harga Minyak

    Ringgit Kekal Stabil Di Tengah Konflik Harga Minyak

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    XRP Bakal Tamatkan ‘DownTrend’ Dengan Corak ‘Triple Bottom Rare’?

    XRP Bakal Tamatkan ‘DownTrend’ Dengan Corak ‘Triple Bottom Rare’?

    ETF Bitcoin AS Tarik Dana Hampir $1 Bilion Dalam 6 Hari!

    ETF Bitcoin AS Tarik Dana Hampir $1 Bilion Dalam 6 Hari!

    Minit FOMC Jadi Perhatian! Isyarat Fed Dijangka Tentukan Sentimen Kripto

    Bitcoin $76,000: Adakah Ini Permulaan ATH Baharu Pada Bulan Mac?

    XRP Melonjak 11% Walaupun Aliran Keluar $76 Juta?

    XRP Melonjak 11% Walaupun Aliran Keluar $76 Juta?

    Strategy ‘Sauk’ Lagi 22,337 BTC Bernilai $1.57 Bilion!

    Strategy ‘Sauk’ Lagi 22,337 BTC Bernilai $1.57 Bilion!

    Bitcoin Pimpin Aliran Masuk $1 Bilion Ke Dana Kripto!

    Bitcoin Pimpin Aliran Masuk $1 Bilion Ke Dana Kripto!

    CLARITY Act 2026 Berisiko Gagal Sebelum April?

    CLARITY Act 2026 Berisiko Gagal Sebelum April?

    Harga XRP Dimanipulasi, Apa Yang Jadi Sebenarnya?

    Harga XRP Dimanipulasi, Apa Yang Jadi Sebenarnya?

    Bitcoin Kembali Kukuh Atas $70,000!

    Bitcoin Kembali Kukuh Atas $70,000!

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Dana Global Jadikan Malaysia ‘Safe-Haven’ Dikala Perang Iran!

    Dana Global Jadikan Malaysia ‘Safe-Haven’ Dikala Perang Iran!

    Saham AS Merosot, Fed Kekalkan Kadar Faedah

    Saham AS Merosot, Fed Kekalkan Kadar Faedah

    Dividen Tabung Haji Cecah 3.5%, Paras Tertinggi Sejak 2018

    Dividen Tabung Haji Cecah 3.5%, Paras Tertinggi Sejak 2018

    Saham AS Meningkat, FOMC Bakal Jadi Tumpuan Penting!

    Saham AS Meningkat, FOMC Bakal Jadi Tumpuan Penting!

    Wall Street Kembali Kukuh, Isyarat FOMC Fed Dinilai

    Wall Street Kembali Kukuh, Isyarat FOMC Fed Dinilai

    Wall Street Merosot, Konflik Di Timur Tengah Semakin Tegang!

    Wall Street Merosot, Konflik Di Timur Tengah Semakin Tegang!

    Saham Global Menjunam, Data PCE Jadi Tumpuan Pelabur!

    Saham Global Menjunam, Data PCE Jadi Tumpuan Pelabur!

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Minyak Menghampiri $100: Wall Street Jatuh, Harapan Turun Kadar Faedah Musnah?

    Wall Street Tertekan, Harga Minyak Naik Semula!

    Wall Street Tertekan, Harga Minyak Naik Semula!

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Artikel Umum

The Founder (2016) – Adaptasi Kisah Sebenar McDonald’s Yang Dirampas Dari Pemilik Asal

Team INTRADAY by Team INTRADAY
12 February 2023
in Artikel Umum
0
The Founder (2016) – Adaptasi Kisah Sebenar McDonald’s Yang Dirampas Dari Pemilik Asal
1.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.

The Founder merupakan sebuah filem adaptasi dari kisah sebenar tentang perjalanan restoran makanan segera terkenal iaitu McDonald’s.

Filem tersebut telah ditayangkan pada tahun 2016, yang diarahkan oleh John Lee Hancock dan ditulis oleh Robert Siegel.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini termasuklah Michael Keaton sebagai watak utama Ray Kroc, Nick Offerman sebagai Dick McDonald, dan John Carroll Lynch sebagai Mac McDonald.

Filem The Founder ini memaparkan kisah perjalanan McDonald’s yang berkembang menjadi sebuah jenama rangkaian yang dikenali di seluruh dunia dengan kualiti makanan yang konsisten di setiap cawangannya.

Permulaan Penubuhan McDonald’s

Pada tahun 1940, kedai makanan segera McDonald’s pertama telah dibuka oleh dua orang adik-beradik iaitu Maurice (Mac) dan Richard (Dick) McDonald di San Bernardino, California.

Mereka telah berhijrah ke California untuk mencari peluang pekerjaan, di mana pada awalnya Mac dan Dick mempunyai sebuah teater filem sendiri sebagai perniagaan pertama yang mereka ceburi.

Namun perniagaan tersebut tidak bertahan lama sebelum menemui kegagalan.

Hal ini telah membuatkan mereka cuba menceburi bidang perniagaan lain seperti makanan yang sentiasa mendapat sambutan.

Adik-beradik McDonald tersebut mula mendapat idea untuk membuka kedai makan dengan pelbagai menu dengan servis dine in seperti kebanyakan kedai-kedai makanan yang lain pada era itu.

Lapan tahun berikutnya iaitu pada tahun 1948, mereka telah membuat revolusi atau perubahan ketara pada operasi kedai makan mereka dengan memperkenalkan sistem servis pantas (speedee service system), servis layan diri (self service), dan mengurangkan jumlah menu dengan hanya menyediakan hamburger, potato chips, minuman dan pie sahaja pada harga yang rendah.

Selepas 3 bulan pembaikan semula dijalankan, McDonald’s dibuka semula dengan mementingkan kualiti makanan, kebersihan serta persekitaran kekeluargaan (family-friendly atmosphere).

Kemunculan Ray Kroc

Dalam filem The Founder, watak Ray Kroc menjadi peneraju utama jalan cerita di mana beliau mula-mula menjumpai McDonald’s dan perubahan besar telah berlaku pada perniagaan tersebut.

Pada tahun 1954, Ray Kroc yang merupakan seorang jurujual mesin minuman multimixer dari Illinois terkejut dengan jumlah pesanan mesin yang dijual beliau oleh McDonald’s.

Hal ini kerana beliau telah berkali-kali mencuba untuk menjual mesin berkenaan kepada banyak kedai makan lain namun tidak mendapat mendapat sambutan dan kebanyakannya langsung tidak berminat.

Oleh itu, pesanan hingga 8 buah mesin multimixer oleh McDonald’s membuatkan Kroc berasa teruja ingin melihat sendiri keadaan restoran McDonald’s berkenaan.

Apabila tiba di sana, Ray Kroc berasa sangat kagum dengan sistem yang digunapakai oleh McDonald’s dan beliau meminta dua beradik itu untuk menceritakan bagaimana mereka mendapat ilham untuk mencipta dan menggunakan sistem hidangan pantas di restoran mereka.

Ray Kroc sebelum ini tidak pernah lagi melihat sebuah kedai makan yang mempunyai sisitem yang efisyen seperti McDonald’s.

Kroc melihat potensi restoran McDonald’s dan mencadangkan kepada Mac dan Dick untuk mengembangkan kepada beberapa cawangan di seluruh AS.

Pada awalnya Mac dan Dick menolak cadangan tersebut dengan mengatakan mereka sudah pernah cuba membuka cawangan lain pada masa lalu namun ia gagal.

Mac dan Dick sangat mementingkan kualiti pada makanan mereka, oleh itu pembukaan cawangan baharu bakal memberi beban kepada mereka dalam menjaga kualiti.

Ray Kroc Sertai McDonald’s

Ray Kroc akhirnya menawarkan dirinya sebagai ketua yang akan memantau kualiti makanan dan kebersihan di setiap cawangan yang baharu yang akan dibuka.

Pada 15 April 1955, Kroc membuka cawangan McDonald’s pertama di Illinois dan melancarkan McDonald’s Corporation bagi menggantikan Mc Donald’s System Inc.

Kroc ingin menjadikan McDonald’s sebagai ikon untuk AS dengan bangunan unik yang berjubin warna merah dan putih serta mempunyai lengkung kuning yang dikenali sebagai golden arches bagi membezakan kedai makanan mereka dengan kedai yang lain.

Kroc sebelum ini meyakinkan Mac dan Dick bahawa misinya untuk mengembangkan McDonald’s di setiap wilayah di AS seperti berkibarnya bendera AS pada setiap bangunan kerajaan dan lambang salib yang terletak di puncak bangunan gereja di setiap wilayah di AS.

Masalah Kewangan

Setelah beberapa tahun berlalu, Kroc menghadapi masalah kewangan akibat kos tinggi bagi penggunaan peti sejuk untuk menyimpan aiskrim, hutang dan pendapatan yang sedikit daripada perkongsian beliau bersama McDonald’s seperti dalam kontrak yang telah ditandatangani.

Masalah kos penyimpanan aiskrim telah dapat ditangani oleh Kroc apabila idea penggunaan serbuk milkshake yang telah disarankan Joan, isteri salah seorang pelabur yang bekerjasama dengan Kroc, bagi menggantikan aiskrim supaya dapat memotong kos perbelanjaan peti sejuk.

Namun idea tersebut telah ditolak oleh Mac dan Dick demi menjaga kualiti makanan McDonald’s.

Selain itu, Ray Kroc juga berdepan dengan hutang sehingga beliau dipanggil oleh pihak bank dan pada suatu hari perbualan beliau bersama pegawai bank tersebut telah didengari oleh Harry Sonneborn iaitu seorang penasihat kewangan.

Harry Sonneborn menawarkan dirinya untuk melihat sendiri buku kewangan Kroc dan beliau mendapati terdapat satu cara untuk membantu Ray Kroc, iaitu dengan pembelian tanah pada cawangan-cawangan McDonald’s.

Orang ramai mula menganggap bahawa Ray Kroc sebagai pemilik sebenar McDonald’s dan ini telah membuatkan beliau mula berhasrat untuk membeli dan memiliki jenama berkenaan.

McDonald’s Dirampas Dari Pemilik Asal

Mac dan Dick berasa tercabar dengan tindakan Kroc yang membuka cawangan baharu sesuka hati dan menggunakan serbuk milkshake pada cawangan lain tanpa keizinan dan pengetahuan mereka.

Tindakan Ray Kroc yang melanggar kontrak itu turut menyebabkan Mac pengsan dan dirawat di hospital.

Ray datang menziarahi Mac dan memberikan mereka sebuah cek kosong dengan hasrat untuk membeli McDonald’s.

Akhirnya Mac dan Dick terpaksa akur dan bersetuju untuk menjual McDonald’s kepada Ray Kroc kerana mereka merasa bahawa mereka tidak akan menang ke atas sikap Kroc yang degil tersebut.

Kroc telah membeli McDonald’s dengan harga $2.7 juta pada tahun 1961 bersamaan dengan nilai sekitar $26 juta pada waktu sekarang.

The Founder ditamatkan dengan babak Ray Kroc pada tahun 1970 yang sedang berlatih untuk berucap di hadapan cermin dengan kata-kata yang ditiru dan fakta yang palsu.

McDonald’s kini telah mempunyai lebih 40,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan dikunjungi sekitar 70 juta pelanggan setiap hari.

ShareTweetSend

Related Posts

Kenapa Rusia & China Elak Perang Iran?

Kenapa Rusia & China Elak Perang Iran?

by Team INTRADAY
13 March 2026
0

Ketika konflik antara Iran dengan Amerika Syarikat dan sekutunya semakin memuncak, dua kuasa besar dunia iaitu Rusia dan China dilihat...

5 Filem Hollywood Tentang Kewangan Yang Anda Kena Tonton!

5 Filem Hollywood Tentang Kewangan Yang Anda Kena Tonton!

by Team INTRADAY
13 March 2026
0

Kebanyakan orang berpendapat menonton filem sekadar hiburan semata-mata untuk mengisi masa lapang. Namun hakikatnya, terdapat beberapa filem yang sangat baik...

Kenapa Emas Lebih Bernilai Daripada Wang Ketika Perang?

Kenapa Emas Lebih Bernilai Daripada Wang Ketika Perang?

by Team INTRADAY
13 March 2026
0

Ketika dunia dilanda konflik dan ketidakpastian politik, persoalan tentang keselamatan harta benda menjadi lebih penting. Setiap individu mula memikirkan strategi...

Apa Kesan Kepada BUDI95 Jika Harga Minyak Cecah $200 Setong?

Apa Kesan Kepada BUDI95 Jika Harga Minyak Cecah $200 Setong?

by Team INTRADAY
9 March 2026
0

Cuba bayangkan anda berhenti di stesen minyak untuk menggunakan BUDI95 dan anda hanya perlu membayar RM1.99 per liter, tetapi orang...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Bitcoin Jatuh 5% Gara-Gara Trump – Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Harga Petrol AS Mencecah $3.88, Pentadbiran Trump Dalam Tekanan Politik!

19 March 2026
Pentagon Minta White House Luluskan Bajet $200 Billion Dalam Perang Iran!

Pentagon Minta White House Luluskan Bajet $200 Billion Dalam Perang Iran!

19 March 2026
Dana Global Jadikan Malaysia ‘Safe-Haven’ Dikala Perang Iran!

Dana Global Jadikan Malaysia ‘Safe-Haven’ Dikala Perang Iran!

19 March 2026
BoE Ambil Langkah Drastik! Pengurangan Kadar Faedah Dari Paras Tertinggi 16 Tahun

BoE Sebulat Suara ‘Pegang Brek’ : Kadar 3.75% Kekal Di Tengah Konflik Timur Tengah

0
Bitcoin Jatuh 5% Gara-Gara Trump – Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Harga Petrol AS Mencecah $3.88, Pentadbiran Trump Dalam Tekanan Politik!

0
“Jangan Libatkan Kami!” – NATO Tolak Desakan Trump

“Jangan Libatkan Kami!” – NATO Tolak Desakan Trump

0
Bitcoin Jatuh 5% Gara-Gara Trump – Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Harga Petrol AS Mencecah $3.88, Pentadbiran Trump Dalam Tekanan Politik!

19 March 2026
BoE Ambil Langkah Drastik! Pengurangan Kadar Faedah Dari Paras Tertinggi 16 Tahun

BoE Sebulat Suara ‘Pegang Brek’ : Kadar 3.75% Kekal Di Tengah Konflik Timur Tengah

19 March 2026
“Jangan Libatkan Kami!” – NATO Tolak Desakan Trump

“Jangan Libatkan Kami!” – NATO Tolak Desakan Trump

19 March 2026
INTRADAY.my

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

Sertai Komuniti Intraday
No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.