‘The Mosque NFT’ Dilancarkan Dengan Harapan Dapat Tubuhkan Lagi Banyak Masjid

696

Lain daripada yang lain, projek non-fungible token (NFT) – The Mosque NFT – bukan sahaja membawa konsep islamik tetapi juga memudahkan pemberian sumbangan melalui setiap pemilikan daripada koleksi ini.

Difahamkan projek ini menggunakan rangkaian Ethereum dan rancangan untuk menerbitkan 12,000 NFT grafik masjid terkenal seluruh dunia yang dilukis tangan.

Setiap unit NFT masjid memiliki nilai yang berbeza dengan keunikkan yang bergantung kepada tempat-tempat tertentu.

Misalnya, sebanyak 65 jenis masjid wujud di kawasan yang berbeza-beza. Semakin sedikit masjid bagi sesebuah kawasan itu, semakin mahal harga NFT tersebut.

Apa tujuan The Mosque NFT diperkenalkan?

  • Merancakkan program amal jariah
  • Merancakkan pembinaan masjid seluruh dunia

Objektif bagi projek ini pula bersandarkan kepada:

  • Menekankan diskriminasi kerana perbezaan agama dan menangani stigma masyarakat
  • Membuktikan agama Islam sangat syumul menyokong pembangunan teknologi

NFT pertama bagi koleksi ini akan dihasilkan pada 29 Mac 2022 dengan harga lantai bernilai 1 ETH.

50% dari keuntungan NFT ini akan disumbangkan kepada lebih 10 badan amal: One Nation UK, Save The Children, Give Directly, Mohammed bin Rashid Al Maktoum Knowledge Foundation, dan banyak lagi.

Malah akan digunakan juga untuk membina masjid NFT pertama di metaverse pada akhir fasa penghasilan keseluruhan koleksi NFT ini seperti yang dipersetujui komuniti ini.

Sebagai rekod, sebanyak 12 fasa diperuntukkan untuk hasilkan 12,000 NFT masjid.

Menariknya lagi, projek The Mosque NFT berkolaborasi dengan jenama jam tangan terkemuka, Jacob & Co. dan sesiapa yang berjaya hasilkan NFT terbanyak berpeluang untuk menerima jam tangan edisi terhad.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat