Jika anda pengguna Apple dan pembaca setia The New York Times (NYT), anda mungkin tidak lagi dapat membaca berita menerusi akhbar digital itu berikutan Times memilih untuk tidak bekerjasama lagi bersama Apple bermula 29 Jun 2020.
NYT yang tampil bersama akhbar digital lain seperti The Wall Street Journal dan Los Angeles Times di Apple News dipercayai telah menarik diri dari platform tersebut berikutan tidak mencapai objektif mereka selain daripada persaingan kuat untuk mendapatkan perhatian pembaca.
Akhbar digital itu memiliki 468,000 pelanggan berbayar bagi suku terbaru, merupakan salah satu syarikat penerbitan terbesar yang menamatkan hubungan bersama platform penerbitan Apple.
Menurut Ketua Pegawai Operasi NYT, Meredith Kopit Levien, Apple membuka peluang yang kecil untuk mereka berhubung dengan pembaca mereka secara langsung, juga tidak dapat mengawal sepenuhnya perniagaan itu.
Sedangkan pihak NYT berharap melalui akses di Apple News, pembaca dapat membaca secara langsung ke laman web atau aplikasi mudah alih milik mereka, menampung usaha wartawan mereka.
Selain menyediakan sumber berita di News Plus dengan harga langganan bernilai $9.99 sebulan, terdiri daripada pelbagai majalah dan akhbar, Apple News juga menyediakan sumber berita percuma dengan lebih banyak pilihan.
Tidak hairanlah New York Times menarik diri kerana persaingan yang kuat daripada pilihan majalah dan akhbar digital yang percuma.
Selain daripada NYT, The Guardian yang pernah bekerjasama dengan Apple News turut menarik diri pada 2017. Tetapi dilaporkan bekerjasama semula pada awal Mac tahun ini.