The Sandbox (SAND) berjaya mengumpul dana pelabur sebanyak $93 juta, didorong oleh Vision Fund 2 SoftBank pada Isnin.
Sebagai rekod, ini merupakan pelaburan pertama Vision Fund 2 terhadap syarikat yang menghasilkan matawang kripto tersendiri.
The Sandbox merupakan sebuah permainan yang majoritinya dimiliki oleh pembangun permainan berasaskan blockchain, Animoca Brands.
Platform ini dilaporkan telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama besar dan selebriti, termasuk rapper Snoop Dogg yang mahu mencipta replika digital rumahnya di metaverse Sandbox.
Setakat ini, masih belum dikenalpasti berapa nilai syarikat tersebut namun SAND mencatatkan lonjakan harga lebih 73% dalam 24 jam, didagangkan pada $2.83 ketika artikel ini ditulis.
Nilai pasaran SAND juga menunjukkan peningkatan hampir 70% dengan rekod mencecah $2.4 bilion.
SAND juga mencatatkan peningkatan lebih 200% selepas pengumuman nama Facebook kepada Meta Platforms Inc pada minggu lepas ekoran keterujaan pelabur terhadap syarikat-syarikat pembangun permainan metaverse.
Menariknya lagi, pelaburan ini akan menyokong pertumbuhan ekonomi di sebalik syarikat Sandbox yang kini turut menfokuskan daripada permainan kepada fesyen, reka bentuk, dan konsert maya.
Selain Animoca Brand, SoftBank juga telah menggiatkan pengumpulan dana terhadap startups NFT sukan, Candy Digital dan NFT permainan fantasi bola sepak, Sorare.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.