The Sandbox (SAND) Umum Program Pemacuan $50 Juta, Wujudkan Ekosistem Metaverse Terbuka

477

Platform metaverse The Sandbox telah melancarkan program pemacuan untuk membimbing dan melabur terhadap firma-firma baharu (startups).

Sebanyak $50 juta diperuntukkan untuk menjayakan program ini dengan kerjasama daripada dua entiti:

  • Pengeluar The Sandbox, Animoca Brand
  • Pelopor usaha niaga global, Brinc

Difahamkan pelaburan tersebut melibatkan sehingga 100 startups dengan pelan memfokuskan kepada 30 sehingga 40 startups setahun dalam jangka masa tiga tahun.

Ini bermakna setiap startup menerima peruntukan sebanyak $150,000 – $250,000, termasuk pelaburan di dalam unit SAND bernilai $150,000.

Program dalam talian selama tiga bulan akan dilaksanakan dengan bimbingan dan pemerhatian terhadap ketersediaan pasaran, termasuk mewujudkan hubungan dengan rakan kerjasama, para pelabur, dan influencers.

Untuk pengetahuan, program ini menyasarkan objektif perkembangan ekosistem kripto di mana startups akan membantu pembangunan metaverse bercirikan saling kendali dan terbuka.

Mungkin projek ini membawa manfaat kepada The Sandbox, tetapi sebenarnya ia juga menawarkan peluang kepada projek metaverse yang lain.

Misalnya DeFi dan e-sukan dilihat sesuai untuk berintegrasi dengan platform dunia maya selain daripada The Sandbox. Contoh terdekat, Decentraland.

Tidak cukup dengan itu, program ini juga membuka peluang kepada mana-mana platform dan peranti untuk menggalakkan lagi sokongan terhadap permainan atau metaverse. I

Program ini jelas menyokong seluruh ekosistem metaverse dan The Sandbox adalah pemulanya.

Ketika penulisan, token natifnya – SAND mencatatkan penyusutan lebih 6% dalam 24 jam, didagangkan pada $3. Aset ini menanggung impak daripada keruntuhan harga Bitcoin (BTC) pagi ini.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat