Theta (THETA) & Aavegotchi (GHST) Meroket Tinggi Dengan Projek Terbaru

609

Harga Bitcoin (BTC) pada hari ini menunjukkan pergerakan positif apabila didapati sedang bergerak menuju $50,000.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $49,414 dengan peningkatan 1.68% dalam 24 jam.

Bagaimanapun, ketika ini apa yang mencuri perhatian adalah dua altcoins yang mencatatkan lonjakan harga: Theta (THETA) dan Aavegotchi (GHST) susulan daripada suntikan projek terbaharu.

Terbaru, Sony Europe mengumumkan bahawa pihak mereka telah menyertai program pengesahan rangkaian Theta.

Secara tidak langsung, harga THETA meningkat 14.2% kepada $3.78 manakala token gas TFUEL mencatatkan harga tertinggi terbaru pada $0.1444.

Pada 20 Februari lalu, Theta berjaya melepasi paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $3.91 sebelum sedikit susut.

Manakala, pelancaran mainnet Aavegotchi disusuli dengan pelancaran portal pertama platform yang melibatkan 10,000 NFT yang habis terjual kurang daripada seminit.

Kejayaan tersebut berjaya membawa harga GHST melonjak 15% dengan rekod tertinggi sepanjang masa yang baru pada $1.79. Bagaimanapun, ketika penulisan harga GHST susut 2.8% kepada $1.61 dalam 24 jam.

Nilai pasaran kripto kini berada di paras harga $1.52 trilion dengan dominasi Bitcoin sebanyak 61.16%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat