Tiada Kejutan Dari BoC, Kadar Faedah Masih Kekal Pada 0.25% Namun Pasaran Harus Bewaspada! Ini Sebabnya!

525

Bank of Canada (BoC) sebentar tadi telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah semalaman dan dalam masa yang sama panduan yang ditetapkan juga tidak berubah. Namun begitu, BoC telah memberi amaran bahawa perkembangan varian Omicron Covid-19 dapat mendatangkan banyak ketidakpastian dalam pemulihan ekonomi negara.

Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada hari Rabu bahawa data baru-baru ini mencadangkan ekonomi mempunyai momentum yang kukuh pada suku keempat ini, termasuk pertambahan pekerjaan yang lebih meluas sehingga mengembalikan kadar pekerjaan kepada paras pra-pandemik.

Di samping itu, BoC menzahirkan kembimbangan mengenai potensi kesan varian Omicron terhadap pertumbuhan masa hadapan ekonomi dan memberi amaran bahawa banjir baru-baru ini di Kanada Barat telah merosakkan infrastruktur pengangkutan. Perkara ini dapat menjadi faktor pengekangan pertumbuhan ekonomi.

“Banjir dahsyat di British Columbia dan ketidakpastian yang timbul daripada varian Omicron boleh menjejaskan pertumbuhan dan membawa kepada gangguan rantaian bekalan dan pengurangan permintaan untuk beberapa perkhidmatan”. – Bank Pusat Kanada.

Bank of Canada telah mengekalkan penanda aras kadar faedah semalaman pada tahap terendah pada 0.25% sejak Mac 2020, iaitu pada awal penularan pandemik di Amerika Utara. Ramalan terbaharunya, yang diterbitkan pada akhir Oktober, menunjukkan kadar utama berkemungkinan kekal pada paras itu sehingga suku kedua atau ketiga 2022. Garis masa yang ditetapkan ini mensasarkan bahawa ekonomi pulih dan kadar inflasi berkurangan sehingga kadar sasaran 2%.

Pengumuman kadar faedah bank pusat seterusnya akan dibuat pada 26 Januari. US dolar didagangkan susut 0.01% berbanding dolar Kanada yang didagangkan pada paras 1.2636 susulan pengumuman tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat