Tiada Lagi ‘Ads-Free’, Netflix Serius Untuk Masukkan Iklan Dalam Perkhidmatan

347

‘Hmmm, macam tak best je tengok movie tiba-tiba ada iklan.’

Syarikat gergasi penstriman Amerika Syarikat (AS), Netflix Inc yang selama ini menawarkan perkhidmatan tontonan ‘ads-free’ terpaksa akur dengan memasukkan iklan bagi menampung perbelanjaan disebalik penurunan jumlah penggunanya.

Dikhabarkan bahawa Netflix memandang serius rancangan memasukkan iklan dan giat melakukan kerjasama dengan beberapa syarikat yang diketuai oleh NBCUniversal dibawah Comcast Corp dan Google milik Alphabet Inc.

Menurut sumber,  bahagian pengiklanan video Comcast iaitu Freewheel akan membantu Netflix menyediakan segala teknologi untuk menyampaikan iklan dalam perkhidmatan mereka.

Selain itu, pasukan penjualan NBCUniversal pula bakal ditugaskan untuk menyokong syarikat penstriman tersebut dalam menjual pengiklanan di AS dan Eropah.

Pada sisi Google pula, Alphabet Inc akan kekal menyediakan alatan pembelian iklan seperti yang terdapat dalam perjanjian dimeterai sebelum ini.

Sungguhpun begitu, kedua-dua Comcast Corp dan Alphabet masih belum memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai pengiklanan tersebut.

Umumnya, Netflix menghadapi pelbagai cabaran memasuki tahun 2022 dengan penurunan jumlah pengguna aktif, isu perang di Ukraine dan peningkatan persaingan.

Prestasi kewangan syarikat bagi suku pertama 2022 (1Q22) dilihat tidak begitu memberangsangkan, di mana ia bukan sahaja mencatat penurunan jumlah pengguna malah harga sahamnya turut merosot ke paras sebelum pandemik melanda.

Ketika pengumuman mengenai kemasukan iklan dalam perkhidmatan tontontan Netflix, saham syarikat naik sedikit 5% namun kekal rendah tahun ini.

Tidak dilupakan juga kesan perang Rusia-Ukraine yang menyebabkan syarikat kelaur daripada pasaran Moscow turut menjejaskan jumlah pelanggan, selain terus diapit persaingan hebat perkhidmatan video pendek TikTok yang semakin popular kini.

Dalam pada itu, langkah memasukkan iklan dalam perkhidmatan syarikat bermula hujung tahun ini merupakan salah satu daripada rancangan Netflix, selain akan menghalang perkongsian akaun antara pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat