Tiada Tolak Ansur, Pengguna Binance Mesti Penuhi Syarat Ini Untuk Penggunaan Yang Optimum!

4,340

Bursa pertukaran kripto terkemuka dalam industri kripto, Binance telah mengumumkan pada hari Jumaat bahawa pihak mereka tidak teragak-agak untuk buat penelitian latar belakang terhadap pengguna sebagai usaha untuk membasmi pengubahan wang haram dengan segera. Langkah ini hadir selepas Binance acap kali diasak oleh para pengawal selia di seluruh negara.

Dalam masa yang sama bursa tersebut mengatakan setiap pengguna baru di platform diminta untuk menyelesaikan pengesahan KYC terlebih dahulu dan juga mendesak pengguna yang ada untuk menyelesaikan KYC mereka secepat mungkin. Untuk pengguna yang sedia ada yang belum menyelesaikan KYC mereka, status akaun mereka akan diubah menjadi “Withdraw Only”, yang akan menghadkan penggunaan.

Binance sebelum ini telah dikenakan amaran dari pengawal selia dari Britain, Jerman sehinggalah negara Jepun. Para pihak berkuasa negara-negara telah menzahirkan kerisauan terhadap pengubahan wang haram dan risiko kepada pengguna.

Binance telah mengambil langkah proaktif dalam mendepani asakan daripada pihak berkuasa dengan mengurangkan penawaran produk dengan menyatakan tekad untuk memperbaiki hubungan dengna pengawal selia.

Setiausaha Perbendaharaan A.S. Janet Yellen dan Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde adalah antara individu yang menyuarakan kebimbangan terhadap pengubahan wang haram.

Bank pusat Belanda pada hari Isnin mengatakan bahawa bursa Binance yang memproses perdagangan spot bernilai $ 455 juta pada bulan Julai, tidak mematuhi undang-undang anti-pengubahan wang haram dan pembiayaan anti-pengganas.

Justeru pengguna Binance wajib melakukan proses pengesahan untuk mengakses produk dan perkhidmatan mereka. Mereka yang belum melakukannya hanya akan dapat mengeluarkan dana, membatalkan pesanan dan menutup posisi perdagangan denga had tertentu.

Sehingga kini, pihaknya hanya meminta pemeriksaan ID untuk pengguna yang mengkhendaki had perdagangan yang berjumlah lebih besar. Walaubagaimanapun, mulai saat ini, pengguna mesti memberikan kad pengenalan, lesen memandu atau pasport.

Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng Zhao, menyatakan,

“Kami berhasrat untuk bekerjasama dengan para penggubal dasar untuk meningkatkan standard global dan mencegah individu yang tidak bertanggung jawab,”.

Binance pada minggu ini telah melantik bekas penyiasat jenayah Perbendaharaan Amerika Syarikat. Setakat ini, Binance masih dalam pengawasan pihak berkuasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat