Tiada Yang Akan Terlepas – Kerajaan India Buru 11 Bursa Kripto Yang Cuba Mengelak Cukai!

362

Ketegangan antara kerajaan India dengan pemain pasaran kripto masih berterusan. Kerajaan India masih mencari jalan untuk mengekang perkembangan pasaran kripto. Terkini kerajaan India telah menuduh 11 bursa kripto seperti WazirX, CoinDCX, CoinSwitch Kuber bertindak untuk mengelak cukai seperti yang dilaporkan Menteri Kewangan Negara Pankaj Chaudhary dalam jawapan bertulis kepada Parlimen pada hari Isnin.

Susulan tekanan daripada yang diberikan, kerajaan pusat telah memperoleh semula sejumlah ₹95.86 crore, iaitu hampir $12.58 juta, daripada 11 bursa kripto kerana mengelak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan di Parlimen India, Pankaj Chaudhary mendedahkan bahawa kerajaan berjaya untuk memperoleh kembali hasil cukai GST bersama dengan caj faedah dan penalti.

Bursa pertukaran kripto yang terlibat adalah Zanmai Labs (WazirX), CoinDCX, CoinSwitch Kuber, Buy Ucoin, UnoCoin, Flitpay, Zeb IT Services, Secure Bitcoin Traders, Giottus Technologies, Awlencan Innovations India (Zebpay) dan Discidium Internet Labs.

Turut dimaklumkan bahawa kerajaan setakat ini belum mempunyai data mengenai bilangan jumlah bursa kripto yang beroperasi di India. Namun mengelak daripada membayar cukai adalah satu kesalahan. Bursa kripto yang mengelak daripada membayar jumlah cukai terbesar adalah datang dari WazirX, CoinDCX dan CoinSwitch Kuber masing-masing sebanyak ₹40.51 crore, ₹15.70 crore dan ₹13.76 crore.

Pratik Gauri, pengasas ekosistem blockchain 5ireChain berpendapat kerajaan setakat ini lebih cenderung untuk mengawal selia dengan cubaan untuk memahami pelbagai cabaran yang akan dihadapi dalam pelaksanaan undang-undang kripto.

Kerajaan India dilaporkan akan melihat cubaan untuk meneroka kemajuan teknologi dengan teknologi blockchain. Semasa belanjawan terbaharu 2022-23 pada bulan Februari, Menteri Kewangan Nirmala Sitharaman mengumumkan cukai 30% ke atas matawang kripto.

Baru-baru ini, Parlimen India meluluskan Rang Undang-undang Kewangan 2022 telah meluluskan cukai kripto 30% dan cukai tambahan 1% walaupun berhadapan dengan kritikan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat