Tiba-Tiba EUR/USD Buat Lonjakan Harian Hingga 150 Pips!

446

Pergerakan harga pada kebanyakan carta pasangan mata wang utama dilihat masih mendatar dan belum menunjukkan reaksi yang ketara, tapi kenapa EUR/USD boleh melonjak sampai 150 pips semalam?

Antara faktor yang dilihat mendorong lonjakan harga pada carta utama itu adalah susulan sentimen positif pasaran yang dipengaruhi oleh perkembangan rundingan damai antara Rusia dan Ukraine.

Dalam rundingan di Istanbul, Rusia bersetuju untuk mengundurkan tenteranya dari Kyiv, dengan cadangan status neutral oleh Ukraine, dan tidak menyertai NATO.

Selain faktor perubahan sentimen yang menjangkakan permulaan untuk US dolar akan bergerak lemah, pelabur meneliti juga faktor yang mendorong pengukuhan Euro.

Perbincangan di antara ahli bank pusat Eropah (ECB) telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap mata wang Euro selepas terdapat petunjuk untuk kenaikan kadar faedah sehingga 60 mata asas menjelang penghujung tahun ini.

Susulan itu, pelabur telah menyaksikan lonjakan harga pada carta EUR/USD semalam bermula pada sesi Eropah selepas harga bergerak melepasi halangan 1.1000.

Memberi isyarat bullish, harga telah melonjak dari paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan mencapai paras ketinggian 1.11300 menguji semula zon yang menjadi rintangan sebelum ini.

Selepas mencatatkan sekitar 150 pips kenaikan harian, momentum lonjakan harga tersebut gagal dikekalkan pada sesi New York apabila dilihat harga berundur sedikit dari zon ketinggian yang dicapai itu dan bergerak perlahan sehingga penghujung sesi.

Dengan corak yang dipaparkan, harga berkemungkinan dijangka untuk melanjutkan kenaikannya melepasi zon SBR (support become resistance) 1.11300 sebelum menuju pula ke paras tumpuan 1.1200.

Namun begitu, pelabur perlu berhati-hati sekiranya US dolar mula paparkan pengukuhan semula dengan tumpuan pada sesi New York akan terarah pada laporan pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat (AS) untuk petunjuk menjelang laporan NFP pada penghujung minggu.

Jika US dolar mengukuh dan menekan harga membuat penurunan semula, paras 1.1000 akan kembali menjadi tumpuan dan berkemungkinan akan menjadi support terbaru.

Sebaliknya jika harga terus sambung menjunam lebih rendah dan memberi isyarat pergerakan bearish, penruunan harga dilihat akan menuju semula ke paras sekitar 1.0900 sebelum menguji zon support pada 1.0800.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat