“Syabas Ripple, terus semangat berjuang berdepan rintangan dari dulu lagi.”
Sudah dijangkakan oleh pemerhati dalam pasaran mata wang kripto, Ripple (XRP) telah memfailkan bantahannya terhadap usul Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) yang ingin memfailkan rayuan interlokutori.
SEC telah menentang sekeras-kerasnya keputusan daripada Hakim Analisa Torres yang mengatakan bahawa perdagangan XRP pada platform dagangan sekunder adalah bukan sekuriti.
Sudah sedia maklum pasaran kripto memang sudah menjangkakan situasi sedemikian akan berlaku susulan ramai pelabur berpandangan pengawal selia Amerika Syarikat (AS) tidak akan berdiam diri dalam menegakkan pendiriannya yang anti-kripto.
Menurut XRP, SEC sedang berada dalam proses melakukan pemulihan mengenai undang-undang bersempadan dan aplikasi Howey Test pada transaksi XRP tertentu susulan mahkamah pada masa ini tidak memihak kepada rancangannya.
XRP turut berhujah bahawa pengawal selia AS tidak boleh menunjukkan bukti untuk perbezaan pendapat berdasarkan rayuan didesaknya ekoran SEC perlu tunggu terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan.
Selain ramai pakar undang-undang dalam pasaran kripto menjangkakan kemenangan besar untuk XRP, keteguhan hujah-hujah ditunjukkan dalam rayuan telah menunjukkan terdapat kelainan dalam tuntutan mahkamahnya yang telah berlangsung hampir tiga tahun.
Suka dimaklumkan bahawa kemenangan XRP mampu bantu Cardano (ADA), Solana (SOL) dan polygon (MATIC) untuk bebas semula daripada dakwaan SEC yang mengatakan ketiga-tiga aset digital tersebut sebagai sekuriti.
Setakat penulisan ini, harga XRP merudum sebanyak 2.50% pada paras $0.59 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $31 bilion seterusnya merekodkan penurunan sekitar 7.57% sepanjang minggu lepas.