Tidak Hanya Bitcoin, Bank Kedua Terbesar AS ‘Bullish’ Dengan Ethereum, DeFi, NFT, DApps

982

Bank kedua terbesar Amerika Syarikat, Bank of America (BofA) bersikap optimis dengan arah tuju industri kripto dan tidak teragak-agak melabelnya “bullish” bagi keseluruhan ekosistem ini.

Dalam laporan Digital Asset Primer yang dikeluarkan Bank of America Global Research baru-baru ini turut mendukung pertumbuhan blockchain, beberapa matawang kripto yang popular, aplikasi desentralisasi (dApps), kewangan desentralisasi (DeFi), stablecoins, dan non-fungible token (NFT).

Laporan tersebut turut memperincikan bagaimana sektor ini sukar untuk ditepis kerana pertumbuhannya yang luar biasa dan meletakkan harapan dengan perkembangan Bitcoin (BTC):

Kami percaya aset digital yang berasaskan kripto mampu membentuk kelas aset terbaru secara menyeluruh. Bitcoin sangat penting dengan nilai pasaran sekitar $900 bilion, tetapi ekosistem aset digital lebih daripada itu.

Begitu juga blockchain yang tidak mustahil menjadi tunjang utama kepada pembangunan teknologi pada masa akan datang.

Pada masa itu blockchain mungkin digunakan untuk menyahkunci (unlock) skrin telefon bimbit; membeli saham, rumah; membuat pinjaman, atau menyimpan wang; atau mungkin membayar gas atau piza. Singapura dan Malaysia sendiri sebenarnya menggunakan teknologi blockchain untuk sijil vaksinasi digital COVID19.

Bank of America tidak ketinggalan menekankan kepentingan kewujudan platform yang menyokong kontrak pintar, misalnya Ethereum kerana kehadiran fungsi ini mampu mewujudkan kebolehan dApps dan DeFi.

Organisasi itu turut melabel sektor NFT dan DeFi sebagai “the most innovation” dalam sektor kripto buat masa kini. Manakala perkembangan pasaran NFT dianggap sebagai satu kejutan untuk manusia ketika ini.

Kenyataan-kenyataan berbaur positif ini secara tidak langsung melenyapkan tanggapan negatif BofA yang sebelum ini skeptikal dengan perkembangan Bitcoin yang menganggap “lambat” dan “tidak praktikal”.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat