Tidak Lama lagi, Dogecoin Bakal Uji Semula Paras ATH $0.74?

1,061

Dogecoin tampaknya kembali ‘menyalak’ dengan lonjakan melebihi 80% untuk memulihkan sedikit kegusaran kepada pelabur Doge.

Peningkatan itu serba sedikit dipengaruhi oleh kenaikan yang dicatatkan oleh Bitcoin yang ketika ini berada di paras harga sekitar $45,000.

Lonjakan tersebut juga telah menyokong Dogecoin untuk menduduki tempat ke-7 di CoinMarketCap dengan memiliki nilai cap pasaran sebanyak $35 bilion.

Berdasarkan kepada carta DOGE/USDT,

Harga Doge dilihat gagal menembusi zon resistance $0.29-$0.30 untuk kembali susut dan menuju ke trendline support sebelum sambung melonjak.

Bagi sasaran berikutnya harga dijangka akan melepasi zon resistance $0.29-$0.30 bagi membuat HH (higher high) terbaharu dan kekal dengan trend bullish.

Kenaikan yang lebih tinggi bakal menyentuh zon harga tumpuan seterusnya sekitar $0.33-$0.35 dan berkemungkinan akan menguji semula paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $0.74 yang pernah dicapai pada 8 Mei.

Namun sekiranya harga Doge kembali merosot, harga akan melepasi trendline support untuk menguji zon RBS (resistance become support) $0.24-$0.25.

Penurunan yang lebih rendah bakal mendorong harga Doge untuk menuju ke paras RBS seterusnya sekitar $0.22.

Setakat jam 4.00 petang waktu tempatan, harga DOGE dilihat gah dengan lonjakan melebihi 4% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.27.

Lihat gambar carta matawang kripto DOGE/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat