Tiga Laporan Ekonomi Penting Selepas FOMC Hari Ini

118

Yen Fokus Selepas FOMC

Kebanyakkan pelabur menjangkakan Bank pusat Jepun (BoJ) akan mengekalkan kadar faedahnya hari ini.

Dasar monetari BoJ sedikit berbeza dengan dasar bank pusat lain seperti Fed dan bank pusat Canada, yang mana kedua-dua bank tersebut telah menaikkan kadar faedah dua kali tahun ini.

Walau bagaimanapun, pemain pasaran tetap akan meneliti komen daripada BoJ jika terdapat sebarang perubahan pada pendirian dovish mereka.

Pasangan matawang USD/JPY ketika ini naik 0.20% kepada 112.45. Jika nada BoJ lebih positif akan menguatkan semula Yen

Data pembuatan dan pekerjaan US

Para pelabur akan memberi perhatian kepada dua laporan Indeks pembuatan Philly Fed dan juga tuntutan pengangguran bagi meneliti keadaan ekonomi supaya dapat menyokong jangkaan Federal Reserve untuk menaikkan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Indeks pembuatan Philly Fed untuk bulan Ogos dijangka akan menunjukkan penuruan berikutan impak badai Harvey terhadap aktivti pembuatan US. Pada bacaan tuntutan pengangguran pula, ahli ekonomi menjangkakan bilangan mereka yang menuntut pada minggu yang berakhir 15 September lalu, meningkat daripada 16,000 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 300,000.

Menjelang data-data malam ini, dolar US didagang tinggi berbanding matawang yang lain.

Adakah emas akan jatuh bawah $1,300?

Harga emas dijangka akan ditekan selepas keputusan FOMC awal pagi tadi yang mana menunjukkan kebanyakkan ahli Fed kekal dengan pendirian mereka untuk menaikkan kadar faedah sekali lagi tahun ini.

Ulasan kenaikkan kadar faedah pada akhir tahun ini mengejutkan sebahagian pelabur yang menjangkakan kenyataan kenaikan kadar bulan Disember tidak akan dikeluarkan berikutan trend inflasi yang bergerak perlahan dan masih belum pulih sepenuhnya.

Emas terus menyusut, jatuh 1.06% kepada $1,302.47 per auns.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat