TikTok Semakin Dicurigai Oleh Banyak Negara! Kini Giliran Perancis!

297

Pada minggu lalu, pengguna TikTok terutamanya dikejutkan dengan pengumuman bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan arahan eksekutif yang melarang sebarang transaksi dengan syarikat yang memiliki aplikasi TikTok, ByteDance dan Tencent yang memiliki aplikasi WeChat berkuatkuasa dalam tempoh 45 hari lagi.

Trump berulang kali menyifatkan kedua-dua aplikasi tersebut memberi ancaman kepada AS. Trump menzahirkan kekhuatiran beliau terhadap aplikasi TikTok yang berkemungkinan digunakan sebagai kempen penyebaran maklumat palsu oleh Parti Komunis China. Atas dasar tersebut beberapa Jabatan Pentadbiran telah menyekat aplikasi TikTok dalam telefon milik kerajaan.

TikTok tidak sahaja berhadapan gugatan daripada A.S namun juga Kesatuan Eropah dan kini pihak pentadbiran Perancis juga telah mula menzahirkan keraguan terhadap aplikasi tersebut.

Badan Privasi Data Perancis menyatakan pada hari Selasa bahawa pihak mereka telah membuka siasatan awal terhadap aplikasi perkongsian video milik TikTok milik China setelah menerima banyak aduan. Walaubagaimapun tiada rincian mengenai jenis aduan dan identiti pengadu.

Disisi lain, Lembaga Perlindungan Data Eropah (EDPB) telah mengatakan bahawa mereka akan menubuhkan pasukan khas untuk menilai kegiatan TikTok di blok Eropah tersebut berikutan isu keselamatan dan privasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat