TikTok? Thank You Next, Masa Untuk Instagram!

506

Semalam Facebook menyaksikan pergerakan saham yang positif, melonjak 6.49% dengan ditutup tinggi pada $265.28 susulan daripada pelancaran Reels di Amerika Syarikat (AS).

Reels merupakan ciri terbaru Instagram, dimana pengguna laman sosial itu boleh merakam video pendek berdurasi 15 saat dengan tindihan lagu dan kesan realiti, sama seperti ciri TikTok.

Tidak hairanlah beberapa hari yang lalu TikTok menyelar Facebook, menuduh mereka telah plagiat idea dan ciri media sosial mereka.

Malah, CEO TikTok, Kevin Mayer turut mengajak Facebook untuk bersaing secara terbuka memandangkan kedua-dua aplikasi itu mempunyai ciri yang tidak jauh beza.

Reels buat pertama kali dilancarkan di Brazil pada November 2019 sebelum dilancarkan di AS dan pasaran lain dua hari lepas.

Sebelum ini TikTok memberitahu bahawa mereka memiliki lebih daripada 100 juta pengguna aktif di AS.

Justeru, tindakan Facebook melancarkan Reels merupakan tindakan yang bijak memandangkan mereka terancam dengan TikTok yang mendominasi golongan remaja dan belia.

Lagi-lagi setelah Presiden AS, Donald Trump beri masa 45 hari kepada ByteDance untuk menjual TikTok kepada Microsoft Corp, Reels mempunyai potensi untuk kalahkan populariti TikTok di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat