TikTok Diberi Tempoh 45 Hari

426

Episod ‘perang saraf’ antara Amerika Syarikat (AS) dan China nampaknya tiada kesudahannya apabila Presiden AS, Donald Trump nampaknya benar-benar serius mahu menyekat aplikasi media sosial dari China, TikTok.

Menurut laporan Reuters memetik sumber yang enggan didedahkan identitinya, Trump memberi masa selama 45 hari kepada firma yang mengendalikan TikTok iaitu ByteDance untuk berunding dengan Microsoft Corp berhubung penjualan aplikasi berkenaan.

Sebelum ini, Trump memberi amaran TikTok memberi ancaman besar kepada AS susulan wujud dakwaan aplikasi itu mencuri data pengguna dan Beijing menggunakan data terbabit untuk tujuan perisikan.

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CE0) Microsoft, Satya Nadella menerusi satu kenyataan dikeluarkan, pihaknya akan meneruskan rundingan untuk membeli TikTok dan berharap perkara itu boleh diselesaikan pada 15 September.

Rundingan antara Microsoft dan ByteDance dipantau oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing di AS, yang mempunyai hak untuk menyekat sebarang perjanjian.

Berdasarkan rundingan di peringkat awal, Microsoft berkata mereka akan mengambil alih operasi TikTok di AS, Kanada, Australia, New Zealand.

ByteDance dan White House tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung laporan terbabit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat