Tindakan Bank Terbesar ke-5 Dunia Ini Bakal Membawa Keuntungan Kepada Pemilik Crypto

838

Matawang Crypto semakin mendapat tempat di Jepun. Peringkat awal pembangunan matawang dalam negara tersebut mungkin akan diterajui oleh Mitsubishi UFJ Financial Group, lebih spesifik melalui percubaan matawang digital mereka sendiri. MUFG Coin akan diuji cuba dalam skala yang besar tidak lama lagi.

Mitsubishi UFJ Financial Group, Inc. (MUFG) merupakan bank kelima terbesar dalam dunia telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan mengambil langkah baru dengan menawarkan perkhidmatan crypto dan mengeluarkan matawang crypto sendiri iaitu MUFG coin.

MUFG Coin merupakan matawang crypto yang boleh dipanggil sebagai digital yen kerana ia menawarkan petukaran 1:1 dengan matawang yen. Bank telah mengumumkan bahawa uji cuba secara besar-besara akan diadakan pada tahun 2019. Projek tersebut akan berlangsung di beberapa kawasan di Jepun. MUFG menjangkakan 100,000 pemilik akaun akan terlibat.

Secara dasarnya, MUFG coin berfungsi seperti matawang crypto Tether (USDT). Namun bagi menampung kelemahan yang ada pada USDT, MUFG akan melalui proses pendaftaran yang ketat. Pihak pentadbiran dan Financial Service Agency (FSA) Jepun juga telah menyusun sejumlah peraturan supaya operasi matawang digital dapat beroperasi dengan baik.

Matawang crypto itu dijangka akan digunakan di restoran, kedai runcit dan kedai-kedai lain. Penghantaran wang antara peserta cubaan juga boleh dilakukan.

MUFB dan Mitsubishi Corporation juga sedang mengusahakan teknolgi Ripple untuk penghantaran matawang melampaui geografi. Alasan kerjasama MUFG dengan Ripple mungkin adalah disebabkan untuk menyingkatkan masa dan mengurangkan kos.

Percubaan MUFG ini akan membawa nuasa baru dalam industri crypto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat