Tindakan China Lemahkan Pasaran Wall Street

234

Keputusan pihak China membatalkan salah satu lawatan mereka di Amerika Syarikat memberi kesan kepada pasaran saham AS yang menyaksikan Wall Street jatuh merudum pada Jumaat lalu. Situasi ini sekaligus menyukarkan lagi proses rundingan mengenai perdagangan antara kedua-dua buah negara.

Indeks Dow Jones ditutup pada paras 26,935.07 mata minggu lalu, turun 159.73 mata manakala S&P 500 berkurang 14.72 mata untuk berada pada paras 2,992.07 mata. Turut mengalami nasib sama, Nasdaq yang tergelincir 65.21 mata untuk berada pada paras 8,117.67 mata. Ketiga-tiga indeks menunjukkan permulaan yang baik pada sesi awal dagangan namun gagal meneruskan momentum di sebelah petang.

Delegasi dari China yang sepatutnya membuat lawatan ke Biro Ladang Montana telah membatalkan lawatan mereka. Pengarah urusan bagi Biro itu berkata pegawai dari negara China telah pulang ke negara mereka lebih awal dari yang dirancang.

Presiden AS Donald Trump berkata China akan meningkatkan pembelian produk pertanian sebagai sebahagian daripada perjanjian perdagangan dua hala. Melihat kepada pembatalan ini, pelabur yakin ini merupakan tanda bahawa perjanjian perdagangan akan menjadi lebih sukar untuk ditandatangani antara kedua-dua negara.

Terdahulu, perunding timbalan perdagangan dari AS dan China meneruskan perbincangan secara bersemuka untuk kali pertama dalam tempoh hampir dua bulan. Rundingan perdagangan peringkat timbalan dijangka membantu meletakkan asas untuk rundingan peringkat tinggi yang dijadualkan awal bulan depan.

Rangsangan ekonomi di seluruh dunia baru-baru ini telah membantu meredakan kebimbangan mengenai pertumbuhan global yang perlahan. Pelonggaran monetari oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank Pusat Eropah memperlihatkan peningkatkan sentimen pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat