Tinjauan CBI UK Melemahkan Jangkaan Rate Hike BOE Minggu Hadapan

61

Jangkaan rate hike Bank Pusat England telah menguasai pasaran pada awal minggu ini selepas Timbalan Gabenor BOE, Cunliffe berkata “ekonomi sedang bergerak perlahan tahun ini” dan dengan kecenderungan kadar faedah akan dinaikkan, namun tempoh waktu untuk BOE mula bertindak masih menjadi persoalan.

Sejak komen Cunliffe tersebut, bacaan GDP UK untuk suku tahun ketiga dilaporkan pada hari Rabu lalu meningkat 0.4% dari suku tahun ke suku tahun, dan 1.5% dalam unjuran tahun ke tahun.

Reaksi pound selepas data dikeluarkan pada hari Rabu agak mengejutkan dengan nilai pound melonjak berbanding matawang lain walaupun perbezaan berbanding jangkaan begitu kecil.

Walau bagaimanapun, rate hike daripada bank pusat tetap menjadi tumpuan dengan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) telah menekankan bahawa bank pusat akan menaikkan prospek kadar faedah secara berkala dan terhad.

Dalam konteks ini, peningkatan 25 mata asas (bp) pada kadar faedah minggu hadapan akan memansuhkan pelonggaran dasar yang telah dijalankan sejak bulan Ogos 2016.

Bagi menyokong pandangan Timbalan Gabenor Cunliffe, bacaan pertumbuhan ekonomi UK dari tahun ke tahun mula bergerak perlahan pada suku tahun pertama kepada 1.8%.

Namun begitu, berdasarkan tinjauan perdagangan dalam sektor kesihatan dan runcit oleh Gabungan Industri British (CBI), bacaan indeks yang dikeluarkan pada hari Khamis lalu jatuh mendadak ke paras terendah Mac 2009, daripada 42 kepada -36.

Hasil bacaan menunjukkan hanya 15% daripada peruncit yang melaporkan peningkatan dalam jumlah jualan mereka sejak setahun lalu, manakala 50% daripada mereka melaporkan penurunan.

Bacaan indeks CBI kebiasaanya selari dengan laporan rasmi data jualan runcit UK dan pasaran menjangkakan data jualan runcit UK bagi bulan Oktober mungkin akan jatuh lebih rendah selepas bacaan bulan September turun -0.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat