Tips Merangka Bajet Kewangan Yang Semua Wajib Pandai

4,665

Ilmu atau kemahiran pengurusan kewangan adalah perlu bagi setiap individu, namun perkara ini tidak diterapkan dalam pembelajaran atau pendidikan di peringkat awal.

Kesannya dapat dilihat ramai di luar sana yang gagal dalam menguruskan kewangan apabila telah meningkat dewasa. Salah satu perkara penting yang perlu tahu adalah merangka bajet kewangan.

Merangka bajet kewangan amat penting bagi mencapai sasaran kewangan yang anda impikan. Ini adalah beberapa tips untuk membantu anda merangka bajet kewangan yang boleh mula lakukan dari sekarang.

Mengenalpasti jumlah pendapatan bersih anda

Mulakan dengan mengira pendapatan bersih bulanan anda termasuk gaji, bonus, kerja sambilan atau mana-mana sumber kewangan lain yang anda dapati.

Menjejaki jumlah perbelanjaaan anda

Jejaki kesemua jumlah perbelanjaan bulanan anda. Hal ini akan membantu anda untuk menjejaki ke mana perbelanjaan yang telah anda lakukan dan dari situlah anda boleh memilih untuk memotong perbelanjaan yang tidak penting.

Mengkategorikan perbelanjaan anda

Kategorikan perbelanjaan anda kepada perbelanjaan yang tetap seperti bayaran sewa rumah, dan kereta serta perbelanjaan boleh ubah seperti perbelanjaan untuk barangan dapur, makanan atau hiburan.

Menetapkan sasaran kewangan anda

Kenalpasti sasaran kewangan jangka pendek dan jangka panjang anda seperti wang untuk melunaskan hutang, simpanan down payment rumah, simpanan perkahwinan, simpanan anak-anak atau simpanan untuk persaraan.

Menyusun penggunaan kewangan anda

Susun pendapatan anda kepada perbelanjaan, simpanan dan sasaran terlebih dahulu. Utamakan perbelanjaan tetap diikuti perbelanjaan boleh ubah dan seterusnya simpanan dan sasaran kewangan anda.

Menyelaraskanan kewangan anda

Sentiasa menyemak perbelanjaan anda dan buat penyelarasan jika perlu.

Contohnya, jika anda mendapati anda telah terlebih belanja pada makanan, laraskan semula bajet anda dengan mengurangkan jumlah perbelanjaan tersebut.

Menggunakan alat pengukur kewangan

Cuba untuk menggunakan alat pengukur kewangan seperti spreadsheet atau aplikasi kewangan untuk membantu anda menjejaki perbelanjaan dan membantu anda untuk kekal pada bajet yang telah anda rancangkan.

Merangka bajet kewangan sememangnya akan memakan masa dan memerlukan usaha yang konsisten, namun ia amat berguna untuk membantu anda untuk mencapai sasaran kewangan yang anda inginkan.

Syok kan belajar pasal tips kewangan? Haa. Kalau nak tahu lebih banyak lagi, kenalah join komuniti kami! Jom join sini~

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat