TNB, Axiata dan TM Sokong ‘Cukai Makmur’

393

Tenaga Nasional Bhd (TNB), Axiata Group Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM) menunjukkan sokongan mereka kepada cukai pelepasan khas satu kali “Cukai Makmur” yang diperkenalkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam perbentangan Bajet 2022.

Menurut Tengku Zafrul, TNB, TM dan Axiata telah menyatakan sokongan mereka untuk Cukai Makmur yang telah diperkenalkan. Selain itu, dalam sektor sarung tangan getah, Top Glove turut menyambut baik cadangan cukai tersebut.

Perbentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober lalu telah memperkenalkan satu cukai pelepasan khas satu kali, “Cukai Makmur” ke atas syarikat-syarikat yang mendapat laporan tahunan melebihi RM100 juta di bawah skim cukai yang bertujuan bagi memastikan sistem kesihatan awam negara kekal mampan dalam menghadapi masa depan pasca pandemik.

Secara ringkasnya, Cukai Makmur akan dikenakan ke atas syarikat dengan laporan pendapatan melebihi RM100 juta akan dikenakan cukai pendapatan 24% ke atas RM100 juta pertama manakala baki pendapatan yang boleh dicukai akan dikenakan 33% cukai pendapatan.

Rentetan daripada krisis pandemik Covid-19 yang melanda negara, terdapat peningkatan keperluan bagi menbiayai kebajikan penduduk Malaysia yang terjejas dan bagi memastikan kesihatan awam negara kekal mampan maka cukai tersebut telah diperkenalkan.

Dalam pada itu, semasa Invest 2021 pada Selasa, Tengku Zafrul telah mengemukakan soalan mengenai kemungkinan pelaksanaan semula Cukai Makmur dan menurut beliau dalam jangka dekat, kerajaan akan mempertimbangkan pilihan untuk mengurangkan pergantungan kepada cukai langsung dan meluaskan asas pendapatan dalam keadaan yang luar baisa ini.

Tambahnya lagi, cadangan Akta Tanggungjawab Fiskal yang akan dibentangkan di Perlimen pada 2022 akan menggariskan peringkat organisasi bagi langkah-langkah hasil kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat