Token Enjin (ENJ) Yang Bakal Kuasai Dunia Gaming?

359

Secara khususnya, Enjin merupakan sebuah syarikat yang menyediakan ekosistem produk gaming berasaskan blockchain Ethereum yang memiliki token tersendiri dan ianya diasaskan oleh Maxim Blagov dan Witek Radomski.

Enjin pada awalnya dibangunkan dengan token ERC-20 sebelum ditukarkan kepada token ERC-1155 pada 2019. ERC-1155 adalah standard nonfungible token (NFT) bagi platform Ethereum yang diperkenalkan sendiri oleh Enjin pada 2018.

Menariknya pada bulan April yang lalu, Enjin telah melancarkan blockchain JumpNet khas untuk NFT yang mana dibangunkan menggunakan standard token Ethereum, ERC-1155.

Hal itu telah mendapat sokongan dari beberapa firma termasuk Microsoft, Binance, OKEx, Kriptomat, BlockDown, Ludena protocol, Lost Relics, Japanese VTubers, MyMetaverse, The Six Dragons, Beauty in the Streets, dan MetaverseMe.

Selanjutnya, mari kita lihat carta pergerakan harga ENJ/USDT.

Daripada rekod pasaran harga, Enjin telah menyaksikan potensi yang sangat cemerlang apabila membuat kenaikan secara agresif lebih 2,900% di awal pembukaan pasaran bulan Januari sehingga 9 April 2021.

Kenaikan tersebut sekaligus mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $4.00.

Bagi jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga dapat menembusi zon SBR (support become resistance) sekitar $1.40, pergerakan harga bakal menuju ke paras rintangan seterusnya sekitar harga $2.0 terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika pergerakan harga Enjin menunjukkan trend penurunan, paras support sekitar harga $0.8-$1.0 yang pernah dicecah sebelum ini bakal diuji sekali lagi samada membuat rebound atau terus mengekalkan trend bearish.

Ketika penulisan, ENJ/USDT didagangkan sekitar $1.2 susut lebih 4% dalam tempoh 24 jam. Koin itu kini berada di tangga ke-34 dengan had pasaran langsung lebih $1.0 bilion.

Lihat gambar carta matawang kripto ENJ/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat