Token Rasmi Donald Trump Muncul? Arkham Tawar $150K Kepada Sesiapa Jumpa Penciptanya!

208

“Ada ke orang boleh jumpa, macam susah je.”

Arkham Intelligence menyediakan hadiah $150,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya mengesahkan identiti pencipta token DJT bertemakan Donald Trump yang didakwa berkaitan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) tersebut.

Menerusi pemerhatian, token DJT yang merupakan memecoin berasaskan Solana (SOL) mempunyai latar belakang agak samar-samar dan masih tidak jelas siapa berdiri di belakangnya serta apa sebenarnya tujuan penubuhannya.

Sejak pelancarannya, Arkham Intelligence bukan sahaja memerhatikan DJT secara teliti malah memberi pemerhatian terhadap perdagangan orang dalam meluas dan pengedaran token itu yang sangat centralized pada beberapa wallet.

Namun, spekulasi bermula apabila ahli perniagaan agak meragukan Martin Shkreli berkata DJT adalah token rasmi Trump pada masa sama akaun media sosial X dipanggil Pirate Wires berpandangan anak bongsunya Barron adalah ketua penganjur projek itu.

Meskipun begitu, platform pasaran ramalan Polymarket menjangkakan terdapat kebarangkalian 20% sahaja untuk DJT menjadi projek rasmi Trump biarpun reaksi terhadap token itu telah bercampur dengan volum dagangan yang tinggi.

Umum mengetahui firma analisis blockchain seperti Bubblemaps dan Lookonchain telah menunjukkan beberapa petanda red flags, di mana mungkin terdapat pemerolehan token DJT secara besar-besaran oleh orang dalam.

Misalnya, satu wallet ditangani telah meningkatkan bakinya sejurus sebelum token DJT dikeluarkan ke pasaran kripto lebih luas, jadi di sini dapat dilihat terdapat perdagangan orang dalam atau sekurang-kurangnya kerjasama orang dalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat