Tolong! China Perlukan Sokongan Ekonomi

497

Berdepan dengan laluan sukar ke arah pemulihan, Perdana Menteri China telah menyeru wilayah-wilayah terkaya di negara itu untuk memberi sokongan ekonomi bagi meningkatkan pertumbuhan.

Awal tahun ini, Perdana Menteri Li Keqiang telah menyuarakan mengenai ekonomi gergasi kedua dunia itu yang goyah dan berulang kali menekankan keperluan untuk menstabilkan pasaran pekerjaan yang merosot.

Pada hari Selasa, Li telah membuat kemunculan yang tidak dijangka di Shenzen dan bertemu dengan pegawai tertinggi dari enam wilayah ekonomi utama.

Berikutan situasi ekonomi semasa yang suram, beliau menggesa mereka untuk meningkatkan sokongan terhadap perniagaan tempatan serta membuka lebih banyak perdagangan dan pelaburan asing.

Dalam pertemuan tersebut, Li Keqiang juga mengakui bahawa mereka berada pada titik paling sukar dalam pemulihan ekonomi.

Oleh itu, mereka perlu mengukuhkan pemulihan ekonomi dengan tindakan segera kerana masa tidak menunggu sesiapa, ujar beliau.

Enam wilayah termasuk, Guangdong, Jiangsu, Shandong, Zhejiang, Henan dan Sichuan merupakan tonggak pertumbuhan ekonomi China yang menyumbang 45% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan 40% daripada pekerjaan negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat