Tolong! Emas Makin Tenggelam

1,905

Logam kuning emas susut lebih rendah pada hari Jumaat di tengah-tengah peningkatan dalam hasil perbendaharaan 10 tahun AS telah mendorong pelabur menjauhkan diri daripada safe-haven.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, harga emas susut di sekitar paras harga $1,906 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan rendah pada $1,907 per auns (2.20 petang waktu Malaysia).

Penguasaan Demokrat dalam Senat AS telah meningkatkan harapan terhadap langkah rangsangan yang lebih besar dan jangkaan inflasi yang meningkat sepatutnya mendorong daya tarikan emas sebagai lindung nilai inflasi.

Namun, lonjakan hasil bon ke paras tertinggi sejak Mac 2020 juga mendorong kebangkitan semula matawang US dolar dari tahap terendah hampir 3 tahun dan prestasi yang kukuh dalam pasaran saham AS.

Selain itu, jangkaan inflasi dan hasil bon yang lebih tinggi juga menguatkan harapan para penggubal dasar Federal Reserve (Fed) bahawa pendekatan dasar monetari baru bank pusat sedang berjalan dengan baik.

Penerbitan laporan pekerjaan NFP AS malam ini dijangka akan turut mempengaruhi dagangan logam berharga emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat