Tolonglah Boris Johnson! Ekonomi UK Masih Tak Kuat

399

Ekonomi UK berkembang lebih perlahan dari yang dijangkakan pada bulan Ogos ketika negara itu berusaha untuk pulih daripada kemelesetan besar yang direkodkan semasa sekatan dilaksanakan.

Data daripada Pejabat Statistik Negara (ONS) UK menunjukkan bahawa keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada bulan Ogos hanya meningkat sebanyak 2.1% daripada 6.4% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya dan tersasar daripada jangkaan pasaran untuk pertumbuhan 4.6%.

Selain itu, kadar pertumbuhan juga dilihat telah meningkat 21.7% lebih tinggi daripada yang direkodkan pada April, tetapi masih 9.2% lebih rendah daripada tahap ketika Covid-19 belum melanda UK pada Februari.

Kerajaan juga telah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan kembali perbelanjaan pengguna dengan memperkenalkan skim ‘Eat Out to Help Out’, namun kadar pertumbuhan bulanan masih lagi dilihat perlahan.

Dalam pada itu, data turut memperlihatkan KDNK UK mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8% dalam tempoh tiga bulan sehingga Ogos, pulih daripada lima tempoh penguncupan berturut-turut sejak Mac.

Kini terdapat kebimbangan bahawa pemulihan ekonomi mungkin akan hilang, terutamanya apabila kes Covid-19 kembali mencatatkan peningkatan di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat