Tolonglah Jangan Buang Fortnite – Epic Games

265

Syarikat pengeluar permainan video, Epic Games mendesak mahkamah agar mengeluarkan arahan terhadap Apple Inc supaya tidak membuang Fortnite dan juga permainan video keluaran syarikat itu daripada App Store.

Lapor al-Jazeera, Epic Games menyatakan Apple mahu membuang semua akaun pembangun milik Epic Games dan menyekat syarikat terbabit daripada senarai pembangunannya bermula 28 Ogos ini.

Selain mengeluarkan permainan videonya sendiri, Epic juga membangunkan perisian untuk pembangun permainan video lain seperti Unreal Engine dalam menghasilkan grafik tiga dimensi.

Tambah Epic, perisian terbabit turut digunakan oleh syarikat pengimejan perubatan dan pereka kereta serta berjuta-juta pembangun yang lain.

Dalam dokumen tuntutan itu, Epic Games menegaskan sekiranya Apple menyekat aksesnya terhadap pembangun Apple, syarikat terbabit tidak dapat menawarkan perisiannya kepada Unreal Engine untuk membangunkan permainan video dalam sistem operasi Mac dan iPhone.

Sekatan itu juga bakal menjejaskan ratusan permainan video, contohnya PUBG yang mempunyai ratusan juta pemain.

Apple sebelum ini membuang Fortnite daripada App Store kerana didakwa melanggar garis panduan pembayaran dalam permainan firma teknologi tersebut.

Berikutan itu, Epic Games mendesak para pemain Fortnite untuk meminta pembayaran balik daripada Apple sekiranya mereka hilang akses permainan itu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat