Tony Fernandes Gesa Kerajaan Thailand Buka Sempadan

239

‘Tersenyum lebar Din Dolar dengar berita ni, dia dah lama nak pergi mengurut dekat Thailand tu. Cuma dia takut pergi sorang je.’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A (dahulunya AirAsia), Tony Fernandes menyeru kerajaan Thailand untuk mengurangkan keperluan perjalanan Covid-19 bagi pelancong antarabangsa dalam usaha untuk merangsang sektor pelancongan.

Menurut laporan, beliau menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan untuk mengetepikan ujian reverse transcription-polymerase chain reaction (RT-PCR) Covid-19 kedua bagi pelawat pada hari ke-5 penginapan mereka di bawah skim Test & Go.

Hal ini kerana hujahnya kebanyakan pelancong yang memasuki Thailand adalah dari negara Asia dan keperluan melakukan ujian kedua adalah lebih mahal daripada tiket penerbangan.

Tambahnya lagi, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk membatalkan keperluan memohon Thailand Pass dan membeli insurans perjalanan kerana baginya syarikat penerbangan boleh melakukan tugas meyemak semua dokumen termasuk sijil vaksin bagi pelancong yang ingin memasuki Thailand.

Di bawah program Test & Go, pelancong yang telah lengkap vaksinasi perlu memohon Thailand Pass sebelum memasuki negara tersebut dan mereka perlu membeli insurans perubatan berharga lebih kurang $US50,000 atau RM209,375 serta melakukan ujian RT-PCR Covid-19 dalam tempoh 72 jam sebelum perjalanan.

Selain itu, pelancong juga perlu membuat pra tempah ujian SHA Extra hotel dan melakukan ujian RT-PCR Covid-19 pada hari pertama dan ke-5.

Dalam pada itu, Tony berasa optimis bahawa Thailand akan menjadi destinasi pelancongan utama andai kerajaannya mengurangkan keperluan perjalanan.

Sebelum Covid-19 melanda, Thailand mencatat jumlah pelancong hampir 40 juta dan pada 2020 angka tersebut menurun pada 6.7 juta.

Maka, beliau menyatakan bahawa andai kerajaan Thailand mengurangkan keperluan perjalanan tersebut, AirAsia sedia menyediakan penerbangan ke sana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat