Top 5 Matawang Kripto Terbaik Sepanjang 2020!

871

2020 merupakan tahun yang penuh kejutan, menyaksikan ekonomi dunia lemah kerana penularan jangkitan wabak COVID-19, industri kripto pula sebaliknya berkembang pesat.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan kebanyakan aset digital telah mengatasi setiap pelaburan konvensional.

Misalnya Bitcoin (BTC) pada awal Januari didagangkan pada $7,411 per syiling, melonjak 159% setakat ini.

Sebenarnya, aset digital lain turut menunjukkan prestasi positif, malah jauh lebih baik berbanding BTC walaupun sehingga hari ini masih belum melepasi nilai tertinggi sepanjang masa (ATH).

Antaranya (pengiraan adalah bermula dari 5 Januari sehingga awal Disember):

Ethereum (ETH) : meningkat 337%, daripada $136 kepada $595 per unit.
Ripple (XRP) : meningkat 221%, daripada $0.19 kepada $0.61 per unit.
Chainlink (LINK) : meningkat 629%, daripada $1.81 kepada $13.20 per unit.
Cardano (ADA) : meningkat 400%, daripada $0.03 kepada $0.15 per unit.

Matawang kripto utama seperti BTC juga menyaksikan perkembangan permodalan pasaran untuk tempoh masa yang sama, mencecah 164% daripada $134 bilion dengan 18.1 juta BTC dalam kitaran pada awalnya meningkat sebanyak 18,564,743 BTC pada hari ini.

ETH juga menunjukkan prestasi yang sama dengan permodalan pasaran bernilai $14 bilion dengan 109,157,039 ETH dalam kitaran. Sehingga hari ini permodalan pasaran aset Ethereum telah meningkat sebanyak 378% dan kitaran syiling meningkat 4.19% kepada 113,735,027 ETH.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat