Trade Pada Waktu Kurang Sesuai, Trader Kripto Rugi $55 Juta!

489

“Hmm tapi tak boleh buat apa la, sendiri yang trade jadi sendirilah tanggung risiko.”

Seorang pedagang tidak dikenali tanpa diduga mengalami kerugian $55 juta ketika mendagangkan pasangan Ethereum (ETH) pada Binance USD (BUSD) di Binance apabila pasaran mata wang kripto secara tiba-tiba menyaksikan penerjunan pada lewat hari Khamis minggu lepas.

Position tersebut terdiri daripada lebih 38,986 ETH sebelum dicairkan semasa harganya berada pada paras $1,434, oleh itu hampir 30% daripada semua niaga hadapan telah dijual pada Binance yang merupakan antara bursa kripto terbesar.

Menerusi pemerhatian, jumlah kerugian luar biasa yang dialami pedagang tersebut dapat menunjukkan bahawa pemegang terbesar ETH termasuk firma turut terjejas apabila pasaran kripto menghadapi kejatuhan.

Susulan peristiwa tersebut, harga ETH tergelincir daripada $1,780 kepada serendah $1,560 dalam beberapa minit sahaja dengan volum dagangan $20 bilion berbanding sebelum ini pada $6 bilion.

Bagaimanapun, ETH yang kini berada pada paras $1,671 pantas pulih semula di tengah-tengah laporan lewat pengawal selia sekuriti Amerika Syarikat (AS) rancang meluluskan dana dagangan bursa (ETF) ETH untuk dagangan di negara itu.

Namun perlu diketahui juga bahawa penurunan harga ETH telah tercetus apabila terdapatnya penjualan niaga hadapan terbesar dalam lebih setahun, iaitu lebih tinggi daripada kesan dialami pasaran kripto ketika keruntuhan FTX.

Dilaporkan, belian berleveraj tinggi ataupun taruhan harga lebih tinggi telah timbul semasa terdapat khabar angin mengenai SpaceX menjual sejumlah besar pegangan BTC mereka sehingga membawa kepada tekanan jualan.

Setakat penulisan ini, harga ETH melonjak sebanyak 0.47% pada paras $1,672 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $201 bilion tetapi tetap mencatatkan penyusutan 9.43% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat