Trader Boleh Manfaatkan Peluang Ini Untuk Kaut Untung

1,196

Selain laporan NFP Amerika Syarikat, penerbitan data pekerjaan Kanada turut menjadi perhatian utama pelabur pada malam ini yang dijangka bakal menyaksikan kelemahan dalam pasaran buruh negara itu.

Seperti AS, Kanada juga telah mengalami kehilangan pekerjaan yang ketara pada akhir tahun lalu, tetapi mereka tidak dijangka akan kembali mencatatkan pertumbuhan dalam pekerjaan.

Pasaran meramalkan pekerjaan Kanada akan jatuh untuk bulan kedua berturut-turut berikutan beberapa wilayah masih melaksanakan penutupan ekonomi untuk membendung penularan coronavirus.

Statistik Kanada dijangka melaporkan penurunan sekitar 47,500 pekerjaan pada bulan lalu, meningkat sedikit dari pengurangan sebanyak 62,600 sebelum ini. Sementara kadar pengangguran meningkat kepada 8.9% daripada 8.6%.

Sekiranya jangkaan ini benar, pasangan matawang USD/CAD mungkin mendapat sokongan untuk melonjak, ditambah pula dengan dorongan dari laporan pekerjaan NFP AS jika menunjukkan peningkatan seperti dijangkakan.

Pada pembukaan sesi Eropah, dolar loonie didagangkan stabil walaupun dengan dagangan dolar greenback yang lebih kuat.

Ini disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dunia yang terus mencatatkan peningkatan ke tahap tertinggi satu tahun, dengan penanda aras minyak mentah Brent semakin menghampiri paras harga $60 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat