Trader Emas Jangan Ingat Nak Untung Je Minggu Ini, Hati-hati!

643

Logam berharga emas didagangkan mendatar pada awal minggu selepas mengakhiri dagangan minggu lalu dalam wilayah negatif.

Menuju minggu yang sibuk dengan data ekonomi dan mesyuarat dasar, harga emas berlegar pada sekitar harga $1,960 di tengah-tengah kewaspadaan pelabur.

Antara yang paling dinantikan oleh pelabur adalah keputusan kadar faedah Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia) yang dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Bagaimanapun, jangkaan untuk kenaikan seterusnya bakal ditentukan oleh kenyataan susulan Pengerusi Fed Jerome Powell.

Selain mesyuarat FOMC, pasaran minggu ini juga akan dipenuhi dengan penerbitan data-data ekonomi utama dan mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) dan Jepun (BOJ).

Volatiliti dalam pasaran dijangka akan meningkat ketara sepanjang minggu ini, terutamanya ketika keputusan kadar faedah Fed.

Pada waktu penulisan, keadaan pasaran dilihat masih stabil dengan US dolar bergerak mendatar selepas bangkit dari paras terendahnya pada minggu lalu.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat