Trader Emas Jangan Nak Untung Besar Je, Jaga-jaga Takut MC!

1,429

Harga emas kekal berlegar pada sekitar harga yang sama walaupun berlaku pergerakan turun naik tidak menentu menjelang mesyuarat polisi FOMC dan terbitan data-data ekonomi penting.

Menghiasi sesi Asia, logam kuning itu diperdagangkan sedikit berubah pada $1,982 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diniagakan pada $1,991 per auns.

Paras harga $2,000 kekal menjadi tembok buat logam berharga itu daripada bergerak lebih tinggi walaupun telah berulang kali diuji.

Memandangkan kebimbangan mengenai krisis perbankan semakin mereda, pelabur melepaskan pegangan terhadap safe-haven.

Ini susulan laporan bahawa JP Morgan Chase telah mengambil alih First Republic Bank yang bermasalah minggu lalu.

Pelabur kini lebih berhati-hati menuju keputusan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis yang dijangka akan menyaksikan kenaikan sebanyak 25 mata asas.

Selain itu, terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat juga menjadi tumpuan pelabur bagi meneliti sama ada pasaran buruh di ekonomi gergasi dunia itu kekal kukuh di tengah-tengah kadar faedah yang lebih tinggi.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat