Trader GBP Jangan Kecewa Dengan Bacaan Inflasi Terbaru UK

656

Para pembuat dasar Bank of England (BOE) nampaknya boleh menarik nafas lega selepas melihat bacaan terbaru kadar inflasi UK yang kembali menurun selepas meningkat di atas sasaran bank pusat selama dua bulan berturut-turut.

Indeks harga pengguna (CPI) UK dilaporkan menurun kepada 2.0% pada bulan Julai dari paras tertinggi tiga tahun yang dicatatkan bulan sebelumnya pada 2.5%, dan tersasar dari jangkaan untuk meningkat 2.2%.

Selain itu, data dari Pejabat Statistik Negara (ONS) UK juga melaporkan inflasi teras (tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu), yang menunjukkan penurunan pada 1.8% bulan lalu berbanding 2.3% yang dicatatkan pada bulan Jun.

Harga yang lebih perlahan untuk pakaian dan kasut, serta barang dan perkhidmatan rekreasi merupakan faktor utama kepada perubahan kadar inflasi tahunan.

Matawang pound menunjukkan sedikit reaksi susulan data tersebut dengan terus didagangkan lebih rendah berbanding US dolar yang kukuh.

Awal bulan ini, BOE mengunjurkan inflasi akan melonjak sehingga 4.0% pada akhir tahun ini, iaitu tahap paling tinggi dalam tempoh satu dekad. Walaupun begitu, bank pusat masih menganggap lonjakan inflasi hanya sementara.

Dalam pada itu, data tersebut masih menunjukkan tanda-tanda tekanan inflasi yang berterusan dalam harga yang dibayar dan dikenakan oleh kilang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat