“Jangan ingat orang tak buat untung masa kripto berdarah, trader ni untung besar tau.”
Sejurus selepas pasaran mata wang kripto melihat kejatuhan pada pertengahan Ogos 2023, seorang pengguna tidak dikenali di bursa perpetual decentralized GMX berjaya menjana $1 juta melalui short Ethereum (ETH) pada harga tinggi sebulan yang lalu.
Pedagang GMX telah membuka position short pada 14 Julai 2023 semasa harga ETH berada pada $2,000 kemudian menutupnya pada 17 Ogos 2023 apabila aset digital tersebut tergelincir sehingga $1,700 dan menyebabkannya untung $1 juta.
Setelah memperoleh sejumlah besar keuntungan, pedagang itu sekali lagi membuka position lain tetapi kali ini long ETH, di mana beliau masuk ketika harganya pada $1,624 dan kini didagangkan lebih pada $1,631.
Suka dimaklumkan bahawa pedagang telah mencapai kejayaan yang sangat tinggi susulan lapan daripada sepuluh dagangannya telah raih pulangan tinggi.
Namun perlu diketahui juga pedagang aset digital lain tidak mempunyai kejayaan serupa tetapi dalam masa sama tidak merekodkan kerugian ketara susulan daripada pergerakan mendatar yang dilakukan pasaran kripto baru-baru ini.
Dilaporkan pada awal minggu ini, Co-Founder Mechanism Capital Andrew Kang telah mengalami kerugian lebih $430,000 pada 18 ogos 2023 apabila beliau membuka position long pada Bitcoin (BTC), ETH dan Arbitrum (ARB) menggunakan leverage tinggi.
Setakat ini, harga ETH merekodkan penyusutan sekitar 1.98% dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran bernilai $195 bilion dan volum dagangan $7 bilion seterusnya tergelincir 10.75% sepanjang minggu lepas.