Trader Masih Optimis AUD/USD Kekal ‘Bullish’ Minggu Ini? Jaga-jaga!

155

Carta pasangan mata wang AUD/USD menyaksikan kenaikan harga minggu lalu, namun mampukah corak positif itu berterusan lagi minggu ini?

Pendorong situasi kenaikan harga adalah berikutan kesan penyusutan yang berlaku ke atas US dolar yang telah memberi ruang untuk mata wang lain untuk meningkat termasuk dolar Aussie.

Data-data ekonomi terbaru Amerika Syarikat (AS) memberi gambaran risiko, dengan tumpuan di penghujung minggu lalu pada laporan pekerjaan NFP untuk bulan Jun yang dinilai agak suram.

Pelabur akan mendengar keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres As pada hari ini dan esok yang berkemungkinan akan memberi petunjuk terbaru terhadap hala tuju dasar monetari bank pusat.

Seterusnya, data inflasi AS akan memacu pasaran dan juga pergerakan US dolar menuju dagangan ke penghujung minggu ini.

Carta AUD/USD telah mempamerkan kenaikan berterusan sehingga ke pembukaan awal minggu semalam mencapai ketinggian 0.67600.

Berlaku penurunan seketika harga pada Jumaat lalu susulan reaksi awal laporan NFP diterbitkan, namun harga kembali melepasi selepas menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD untuk isyarat pergerakan bullish bakal diteruskan lagi.

Namun, pergerakan harga pada Isnin semalam walaupun berjaya capai ketinggian namun, menujukkan corak yang mendatar.

Berlegar di sekitar garisan MA50 di sesi Asia pagi ini (Selasa) mengundang kewaspadaan pelabur untuk menilai arah pergerakan harga yang selanjutnya.

Sekiranya kenaikan masih diteruskan, melepasi ketinggian semalam akan menjangkakan harga untuk menuju ke paras tumpuan 0.68000 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 bulan.

Namun, perubahan arah harga berisiko untuk berlaku berdasarkan petunjuk dari Fed Powell dan dinilai pada isyarat pergerakan harga.

Jika harga menjunam, zon 0.67000 dilihat sebagai sokongan terhampir bakal diuji dan tidak mustahil untuk kejatuhan lebih rendah harga sekiranya US dolar kembali mengukuh.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat