Trader Masih Positif EUR/JPY Akan Kekal Bullish Sehingga Minggu Hadapan?

397

Menarik untuk diperkatakan bagi pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY yang masih dilihat mengekalkan trend bullish sejak beberapa minggu lalu, menggembirakan pelabur yang mengekalkan posisi belian pada carta harga tersebut.

Jika diimbas kembali pergerakan harga pada dua bulan terakhir 2021, dagangan pada November menunjukkan trend bearish sebelum harga mendatar pada Disember di paras zon support 127.400.

Kenaikan harga mula dilihat semula dengan trend bullish harga berjaya dikekalkan pada 2 minggu terakhir 2021 pada Disember lalu dan menyambung trend positif tersebut pada minggu pertama 2022.

Namun pelabur perlu berwaspada dengan mengambil kira faktor-faktor yang boleh mempengaruhi mata wang Euro dan Yen.

Khususnya Yen sebagai mata wang safe-haven, sentimen pasaran perlu dipantau dengan perkembangan coronavirus Omicron boleh mengubah keyakinan para pemain pasaran.

Untuk pergerakan harga pada minggu ini, harga telah mencapai paras ketinggian 131.600 pada Rabu lalu, merekodkan paras tertinggi terbaru untuk tempoh 8 minggu.

Bersambung pada dagangan Khamis dan Jumaat, harga kembali susut semula dari paras ketinggian tersebut dan berlegar di atas paras 130.700 yang dilihat sebagai paras sokongan semasa harga.

Pelabur mula berwaspada untuk jangkaan trend bullish telah berakhir dengan isyarat awal pergerakan harga yang mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Jika harga menjunam dan tembusi support 130.700, penurunan harga dilihat akan menguji di beberapa zon RBS (resistance become support) sekitar 130.100 dan 129.600.

Namun jika harga masih berjaya mengekalkan corak bullish harga di penghujung minggu ini, paras ketinggian 131.600 bakal diuji sekali lagi untuk pelabur menilai sama ada paras ketinggian terbaru akan dicatatkan lagi.

Jangkaan untuk kenaikan lebih tinggi berkemungkinan boleh melepasi paras harga 132.00 sekiranya sentimen pasaran semakin pulih memberi kesan penyusutan terhadap nilai Yen.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat