Carta pasangan mata wang GBP/USD kembali bergerak dalam julat zon mendatarnya sebelum ini ketika reaksi pasaran di penghujung minggu lalu dipengaruhi oleh terbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) terbaru.
Pertambahan pekerjaan pada Oktober catatkan 12,000, angka terendah sejak 2020 namun Biro Statistik Buruh AS nyatakan angka laporan yang diterbitkan itu tidak mencerminkan data yang sebenar berikutan situasi yang dijejaskan oleh bencana ribut taufan di sebahagian kawasan di AS.
Namun, komponen lain tidak terjejas dengan purata pendapatan baik dari ramalan dan kadar pengangguran kekal tidak berubah menepati ramalan pasaran.
Pada carta GBP/USD, harga dilihat meningkat pada awal laporan diterbitkan susulan penyusutan berlaku ke atas US dolar.
Selepas berjaya berada di atas paras 1.29000, harga telah membuat kenaikan ke sekitar 1.29800 sebelum berundur turun semula menuju dagangan penghujung sesi terakhir minggu tersebut.
Ditutup sekitar 1.29200, harga dibuka lebih tinggi pada pembukaan sesi Asia di awal minggu pagi ini di paras 1.29600.
Harga kemudiannya paparkan peningkatan mengatasi ketinggian pada Jumaat lalu dan menghampiri 1.30000.
Setelah menjadi zon rintangan penting pada minggu lalu, paras 1.30000 bakal diuji harga untuk ditembusi sebelum berikan isyarat lebih jelas bagi peningkatan lanjut.
Kenaikan seterusnya jika diteruskan dijangkakan untuk menuju sehingga sekitar paras 1.31000.
Namun jika gagal kenaikan diteruskan, harga yang melantun turun dari zon 1.30000 berkemungkinan boleh jatuh semula ke sekitar 1.29000.
Penurunan lebih rendah dari itu boleh mendorong harga catatkan paras terendah terbaru 13 minggu mengatasi paras dicecah minggu lepas.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK