Tragis! CEO E-hailing Ini Ditemui Mati Dikerat Gergaji

2,214

Sangat tragis! Tepat menggambarkan keadaan mayat usahawan muda yang ditemui kepalanya dipenggal di rumah yang terletak di New York.

Mayat Fahim Saleh, 33 ditemui oleh kakaknya pada tengahari Selasa, dalam keadaan tubuhnya juga dikerat, dengan gergaji elektrik berdekatannya di Manhattan .

Kejadian itu diklasifikasikan sebagai jenayah bunuh. Walau bagaimanapun sehingga kini tiada suspek ditahan untuk siasatan.

Berdasarkan rakaman CCTV, Saleh kali terakhir dilihat memasuki lif bersama seorang lelaki yang memakai sarung muka pada hari yang sama.

Pihak berkuasa, New York Police Department masih tidak menemui sebarang motif tetapi Daily News memberitahu pegawai penyiasat mengandaikan kejadian berlaku kerana pertikaian perniagaan.

Fahim Saleh merupakan CEO Gokada iaitu aplikasi e-hailing motosikal Nigeria dan juga pengasas kepada syarikat pengangkutan, Pathao yang terkenal di Bangladesh dan Nepal pada 2015.

Malah, beliau juga merupakan rakan pengasas Adventure Capital yang melabur terhadap syarikat baharu di negara-negara membangun.

Kedua-dua syarikatnya, Gokada dan Pathao menyifatkan Saleh sebagai ketua yang berkaliber dan memberi insirasi kepada semua warga syarikat, serta seorang individu yang menginginkan perubahan kehidupan masyarakat di Bangladesh ke arah yang lebih baik.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat