Trend Bearish Telah Bermula Pada Carta USD/JPY?

154

Perubahan trend harga dikesan pada carta pasangan mata wang USD/JPY pada penutup dagangan penghujung minggu lalu ketika terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan.

Selepas bacaan komponen laporan dinilai suram, US dolar telah mengalami penyusutan apabila pelabur mula meragui Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat Mac.

Semakin mengurangkan keyakinan terhadap kenaikan tersebut, krisis Silicon Valley Bank (SVB) telah menggemparkan pasaran yang mengalami keruntuhan berpunca kesan kadar faedah tinggi sebelum ini.

Pada carta USD/JPY Jumaat lalu, harga membuat kenaikan awal ke paras 137.00 sebelum menjunam cecah sekitar 134.100.

Setelah menutup dagangan sesi terakhir minggu tersebut sekitar 135.00, harga menyambung pembukaan minggu ini dengan penurunan lanjut ke sekitar 134.700.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY menjangkakan corak pergerakan bearish masih akan diteruskan minggu ini.

Harga dilihat akan meneruskan penurunan ke paras terendah terbaru 4 minggu mencecah sasaran pada 132.00.

Sementara jika berlaku kenaikan pula, harga akan menguji rintangan di paras 135.00 sebelum memberi isyarat seterusnya untuk kenaikan yang lebih tinggi.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, harga bakal menuju semula ke paras terjunan Jumaat lalu iaitu pada ketinggian 137.00.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat