Trend Berubah Bullish? EUR/USD Melantun Naik Dari $1.0500

342

Trend pergerakan harga mula berubah pada dagangan Khamis semalam menyaksikan mata wang US dolar agak ketara alami penyusutan semula.

Selepas memaparkan pengukuhan dari awal minggu, US dolar mula kehilangan momentumnya dengan penganalisis menilai kebimbangan terhadap risiko ‘government shutdown’ yang membuatkan pelabur berwaspada.

Penyusutan US dolar yang bermula di sesi Eropah semalam bersambung ke sesi New York dengan tumpuan terhadap data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku kedua 2023.

Bacaan akhir kekal di paras rendah 2.1% meleset berbanding jangkaan untuk meningkat 2.2%.

Mata wang Euro mengambil kesempatan ini untuk pulih semula setelah jatuh ke paras terendah 8 bulan berbanding US dolar.

Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, perubahan arah harga telah dipamerkan semalam.

Sebelum ini penurunan berterusan harga telah mencecah ke paras support 1.05000 dan harga mendatar seketika sambil pelabur memerhati reaksi pada zon penting itu.

Kemudiannya, berlaku lantunan semula dengan ketinggian sekitar 1.05800 dicapai harga pada kenaikan hingga sesi New York semalam.

Harga juga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut menandakan isyarat untuk perubahan trend.

Sekiranya kenaikan masih diteruskan di penghujung minggu ini, paras 1.06000 dilihat bakal diuji dan jika ditembusi, harga berpotensi untuk menuju semula ke sekitar 1.07000.

Namun jika harga mula berundur turun semula, jatuh di bawah paras MA50 akan menjangkakan harga menguji sekali lagi support 1.05000.

Setelah ditembusi, paras terendah terbaru bakal dicatatkan dengan sasaran seterusnya harga adalah pada 1.04000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat