Trend Bullish Berakhir Susulan Penurunan Awal Minggu Dipamerkan AUD/USD

291

Trend bullish pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD dinilai telah berakhir oleh penganalisis selepas harga mula paparkan corak penurunan semula.

Pada minggu lalu, harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi walaupun US dolar dilihat berpotensi untuk memberi tekanan terhadap dolar Aussie dalam suasana pasaran yang tidak menentu ekoran kebimbangan krisis perang Rusia-Ukraine.

Namun, US dolar yang berjaya mendominasi semula pada awal minggu ini telah kembali menekan harga ke paras lebih rendah semula dari paras tertinggi terbaru 4 bulan yang dicapai semalam.

Harga membuat kenaikan pada sesi Asia bermula semalam pada pembukaan dagangan awal minggu ini menyentuh paras ketinggian 0.74400 sebelum menjunam 100 pips sehingga ke sesi New York dengan pengukuhan semula US dolar dalam suasana pasaran yang berisiko.

Sepanjang minggu lalu, kenaikan harga disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum penurunan yang dipaparkan semalam telah menembusi paras tersebut untuk memberi isyarat perubahan trend bearish pada carta AUD/USD.

Penurunan harga yang bersambung pada hari ini (Selasa) setakat sesi Eropah telah kembali semula ke paras 0.72800 iaitu zon yang menjadi rintangan harga pada dagangan Februari.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan akan berlaku untuk harga turun menguji pula paras tumpuan sebelum ini pada 0.72300 dan 71800.

Namun, sekiranya kenaikan harga seperti minggu lalu kembali diteruskan, maka paras ketinggian 0.74400 akan menjadi zon utama sasaran harga.

Kenaikan lebih tinggi akan terus mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi dengan sasaran terbaru berkemungkinan menuju sekitar 0.75000.

Walau bagaimanapun, kenaikan harga sedikit sukar untuk dijangkakan ekoran kecenderungan harga semasa dilihat untuk meneruskan penurunan dalam suasana pasaran yang kekal berisiko pada minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat