Tiada perubahan pada corak pergerakan terdahulu, carta harga pasangan mata wang USD/JPY terus mengekalkan trend bullish hingga ke minggu ini.
Menuju penghujung minggu, harga terus mencapai kenaikan ke paras tertinggi yang direkodkan sejak November 2022.
Dengan sokongan oleh beberapa faktor yang dilihat memberi kelebihan kepada US dolar, Yen bakal terus ditekan selain bank pusat Jepun (BOJ) yang mengekalkan dasar yang longgar.
Ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada Rabu lalu di perhimpunan forum ekonomi, beliau kekal mengulangi isyarat untuk menaikkan kadar faedah beberapa kali lagi menuju penghujung 2023.
Menguatkan lagi tindakan itu apabila data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan adalah seiring dengan bacaan angka yang meningkat bagi suku pertama tahun ini.
Justeru, dapat diperhati pada carta USD/JPY, harga terus dipacu lebih tinggi hingga mencapai ke zon 145.00.
Walaupun sedikit penurunan dipaparkan pada dagangan hari ini, namun harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut mencadangkan pergerakan kekal bullish.
Kenaikan lebih tinggi yang dijangka akan diteruskan dilihat akan menuju ke sekitar 146.00 pula untuk terus memburu rekod ketinggian terbaru.
Malah, paras 147.00 yang berada lebih tinggi turut menjadi sasaran untuk kenaikan selanjutnya jika tiada apa-apa perubahan pada kedua-dua mata wang utama itu.
Namun, penganalisis mula memberi amaran berjaga-jaga ekoran BOJ pada bila-bila masa sahaja boleh bertindak untuk campur tangan dalam pasaran seperti yang dilakukan sebelum ini.
Tindakan tersebut akan memberi kesan pengukuhan serta merta buat Yen dan menekan harga jatuh dengan ketara.
Penurunan harga boleh dijangkakan menuju ke sekitar 143.500 terlebih dahulu sebelum melanjutkan ke zon RBS (resistance become support) pada 142.00.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG