Trump: Amerika Syarikat Tidak Akan Teruskan Kerjasama Perniagaan Dengan Huawei!

929

Pada hari ini, Presiden Donald Trump mengeluarkan kenyataan bahawa AS akan memutuskan jalinan kerjasama dengan syarikat gergasi China. Namun perkara ini boleh dirunding kembali jika terdapat perjanjian perdagangan dengan China.

Menurut Trump, “setakat ini saya belum bersedia untuk lakukan kerjasama perniagaan”.

Langkah ini diambil selepas China membekukan pembelian barangan pertanian Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap ancaman tarif Trump pada minggu lepas. Dalam masa yang sama China juga membenarkan matawang yuan menyusut dengan mendadak berbanding US dolar sehingga ke paras terendah sejak 2008.

Pasaran saham Chip antara sektor yang paling terkesan dengan laporan ini. Saham Micron Technology jatuh sehingga hampir 3% pada hari Jumaat. Manakala Advanced Micro Devices didagangkan rendah hampir 2%. Disisi lain saham Skyworks Solutions jatuh melebihi 4%. Huawei merupakan pelanggan utama bagi syarikat yang disebutkan.

Sebelum ini pada bulan Mei, Huawei telah disenarai hitamkan atas dasar keselamatan negara, kemudian pada bulan lepas Trump bersetuju bahawa Huawei dibenarkan untuk menjalin kerjasama kembali degan Google dan Broadcom.

Laporan terkini yang dikeluarkan oleh Bloomberg pada hari ini menunjukkan bahawa Amerika Syarikat sedang menangguhkan kelulusan lesen kepada syarikat-syarikat untuk meneruskan jualan kepada Huawei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat