Trump Ancam WHO, Potong Dana Secara Kekal Dan Tarik Keahlian AS!

415

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencetuskan unsur perbalahan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan memuatnaik sebuah posting berbaur ugutan di laman twitternya semalam.  Pemimpin negara tersebut menegaskan bahawa beliau akan membekukan dana secara kekal serta menarik keahlian Amerika Syarikat dalam organisai tersebut.

Berdasarkan posting tersebut, Trump berkata jika WHO tidak mampu untuk mengadakan penambahbaikan selama 30 hari, beliau akan terus bertindak.

Pada bulan lalu, presiden negara kuasa besar itu telah pun menghentikan pembiayaan dana terhadap organisasi berkenaan setelah meninjau tindak balas mereka berkenaan wabak pandemik COVID-19. Sehubungan dengan itu, WHO telah mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa dunia sedang berhadapan dengan bahaya, dan isu pemotongan dana itu tidak sesuai untuk dibincangkan pada ketika itu.

Setelah berhadapan dengan pelbagai kritikan, Trump kembali membangkitkan isu ini serta mengeluarkan ancaman baru semalam. Bukan itu sahaja! Pemimpin negara kuasa besar itu juga berkali-kali menunding jari ke arah WHO berkaitan kelemahan mereka dalam menangani penularan wabak berjangkit itu. Tambahan daripada itu, Trump turut menyifatkan organisasi berkenaan sebagai ‘boneka China’.

Selain itu, Trump menegaskan bahawa organisasi itu mampu mencapai kemajuan jika tidak lagi bergantung kepada China serta beliau tidak akan membiarkan dolar Amerika terus disumbangkan kepada organisasi yang tidak menjaga kepentingan negaranya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat